Nama tengah naik, sana sini orang memuja Mira Filzah. Aktres ini memamg meletup-letup selepas lakonannya dalam drama Pujaan Hati Kanda. Boleh kata sekarang Mira adalah buah hati Malaysia.
Siap digelar Gadis Idaman Malaya okay. Lagi-lagi lepas video manjanya nak dipanggil Baby Sayang tular, lagilah ramai yang cair! Tapi biasalah bila nama tengah di atas ada pula pihak yang mempertikaikan pakaian Mira yang dikatakan semakin ketat dan tudung yang semakin singkat!
Tapi Mira kata dia tak mahu ambil peduli dengan kata-kata negatif itu. "Bila bercakap soal netizen kita tidak boleh kawal, kadang-kadang benda simple pun saya pernah nampak mereka komen. "Jadi apa yang saya nampak benda yang kita buat betul pun salah, ada antara mereka menegur cara positif dan ada setengahnya berunsur kecaman. "Yang negatif tidak perlu nak ambil kira sangat. As for me, I know what I???m doing, saya masih lagi menjaga jaga batas.
"Tidak adalah keterlaluan, bergantung kepada situasi. Kalau baju longgar mungkin tudung tu akan ke atas sikit, kalau baju ketat saya akan labuhkan tudung, kebanyakannya begitu," katanya kepada Astro Gempak. Dalam masa yang sama Mira tak ada pun tolaK nasihat-nasihat yang diberikan, sebaliknya cuma memperbaiki diri dari semasa ke semasa. "Mana komen yang positif kita ambil dan muhasabah diri. As time goes by kita cubalah perbaiki pada masa akan datang. "Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memuat naik gambar di media sosial. Sebelum ini pun memang saya berhati-hati dan tidak upload sesuka hati." Okaylah tu Mira dengar nasihat, tak ada pula dia melatah bila dikritik. Tak macam sesetengah artis tu hati tisu. Dihentam sikit dah menggelabah, tak begitu? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|