Nampaknya belum tamat lagi perbalahan antara Che Ta dan bekas pemandunya yang tercetus tidak lama dahulu. Sebelum ini, Che Ta ada buat ugutan untuk menyaman bekas pemandunya. Dengan kapsyen 'Hati-hati dengan orang ini!!', kali ini Che Ta telah memuat naik gambar pemandu tersebut di insta story miliknya namun telah dipadam beberapa lama kemudian. Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan bekas pemandu beliau yang dikenali sebagai mr_jiman dan telah memuat naik beberapa posting dengan kapsyen berbaur kekesalan mengenai tindakan Che Ta. Sudah mengaku salah dan tidak pernah lari dari Che Ta Menurutnya, dia tidak pernah lari dari Che Ta dan telah mengaku salah atas kesilapan beliau. Malah mr_Jiman juga telah memberikan keretanya sebagai cagaran, sama nilai dengan kesalahan yang telah dilakukan kepada Che Ta. Dia menambah, Che Ta juga masih menghubungi dirinya sehingga ke hari ini. Tak tahu apa tujuan viral Netizen yang prihatin juga telah meninggalkan komen di laman instagram bekas pemandu Che Ta itu. Kebanyakan netizen mempersoalkan keperluan Che Ta menularkan gambar walaupun perkara itu telah lama berlalu. Bulan - bulan Ramadhan yang mulia ini sudah-sudahlah ya bergaduh. Benda sudah lama, kenapa nak bangkitkan lagi? Apa-apa pun doakan mereka berbaik semula ya! -CARI |
danieladam replied at 6-5-2019 12:16 PM
Ni driver yg sama yg Nek Ta nak saman dlu ke sbb Nek Ta tak bayar gaji? Kenapa dalam ni driver tu ng ...
maylink23 replied at 6-5-2019 12:21 PM
Rasa driver lain sbb yang tu mcm nama Riduan.
SherryZass replied at 6-5-2019 12:41 PM
Kalau dah asyik ada tak kena je dengan driver, rasanya baik la drive sendiri keta tu cektaa oi, takp ...
SherryZass: Kalau dah asyik ada tak kena je dengan driver, rasanya baik la drive sendiri keta tu cektaa oi, takpon hire je anak bujang tu amannnn
ADVERTISEMENT