Pelakon Zizie Ezette dan suami dicekup SPRM berhubung kes rasuah dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra). Mereka bakal berhadapan dengan kes yang melibatkan nilai hampir RM3 juta dan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok 3 Mei 2019.
Bung Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. Mereka telah dilepaskan dengan jaminan SPRM. Untuk pengetahuan semua, Zizie dan Bung Moktar telah berkahwin pada 2009 dan kini dikurniakan anak kembar berusia 2 tahun dan seorang anak perempuan yang baru sahaja lahir pada bulan Mac 2019. - CARI |
ADVERTISEMENT