Beberapa minggu lalu dunia dikejutkan dengan beberapa kejadian pengeboman gereja dan hotel di Sri Lanka yang mengakibatkan banyak kehilangan nyawa. Susulan itu pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan memberikan sokongan dan semangat kepada mangsa pengeboman. Sebagai satu tanda solidariti, sekumpulan warga Muslim Malaysia telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah tempat ibadah agama lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, lapor The Star.
Seramai 22 orang anggota NGO, Global Unity Network tlah melawat Kuil Sri Maha Kaliamman Temple, Kg Kasipillay, Gereja St Joseph dan Kuil Buddha Sri Jayanti , Sentul sebagai respon mereka terhadap pengeboman itu. "Semasa tragedi di Christchurch,
ramai golongan bukan muslim telah memberikan sokongan kepada orang Muslim jadi
susulan tragedi di Colombo, Sri Langka yang mengorbankan ramai orang Kristian,
ini adalah tanda solidariti kami," kata Shah Kirit Kakulal Govindji, Persiden NGO
tersebut. Selain mengunjungi beberapa buah rumah
ibadat, rombongan itu juga telah mengadakan dialog dengan Rev George
Packiasamy, paderi di Gereja St Joseph. Menurut Presidennya lagi, ini adalah
kali keempat beliau mengunjungi jgereja itu dan NGO mereka mempunyai hubungan
yang baik dengan pemimpin-pemimpin agama lain setempat. Anggota rombongan NGO itu kemudiannya dihidangkan makanan halal untuk sarapan di gereja dan makan tengahari di kuil Buddha. Semestinya ini satu usaha murni yang dapat mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama di negara kita. Semoga toleransi Global Unity Network ini menjadi ikutan ramai lagi pihak yang lain. -CARI |
gigahertz replied at 2-5-2019 02:55 PM
Nanti lagi 5 taun ada makhluk akan gunakan gambar2 ni katanya melayu masuk kristian bla.bla bla tu ...
ADVERTISEMENT