CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Amerika Kagum, Warga Malaysia Sanggup Bantu Anak Gadisnya Yang Tersadai Di KLIA

3-5-2019 12:25 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7309| Komen: 51|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang warga Amerika Syarikat menyatakan kekagumannya kepada keramahan dan sikap rakyat yang suka menolong. 

Menurut CJ Werleman, anak gadisnya berumur 18 tahun yang dalam perjalanan ke Australia untuk berjumpa dengan dia dan isteri

telah kehilangan kad debitnya semasa transit di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Kredit foto: Malay Mail
Memandangkan anaknya terpaksa menunggu selama 12 jam untuk penerbangan seterusnya, anak gadisnya itu terpaksa berdepan risiko untuk kelaparan tanpa wang untuk membeli sebarang makanan.

CJ Werleman dan isterinya cuba untuk mengirim duit kepada anaknya dengan pelbagai cara tetapi gagal. Ada yang tidak menerima kiriman wang dari Australia, ada pula yang mengambil masa dua hari untuk sampai.


Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, kebimbangan CJ Werleman itu berakhir apabila anaknya memberitahu seorang lelaki Muslim warga negara Malaysia telah membantu dan memberikan anaknya duit. 

Menurut anak gadisnya, seorang lelaki berumur sekitar 50an atau 60an bersama keluarganya ternampak dia sedang bersedih dan bertanyakan masalahnya.


Keluarga itu akhirnya dengan senang hati memberikannya dua bar coklat, buah anggur, sebotol air dan wang tunai RM50. Menurut CJ welerman, dia sangat kagum dengan hospitaliti warga Malaysia yang membantu anaknya.


Kredit foto: Twitter Search
Ini bukan kali pertama CJ Werleman memuji warga Malaysia. Sebelumnya CJ Werleman yang bekerja sebagai wartawan sebuah penerbitan pernah datang ke Malaysia untuk menulis mengenai usaha negara ini membantu pelarian asing.



Kredit foto: Twitter
Walaupun tidak diketahui siapa identiti lelaki Muslim dan keluarganya itu, CJ melalui surat khabar Malay Mail mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka.

Semestinya sikap sebegini akan meningkatkan lagi imej Malaysia di mata dunia. Syabas kepada lelaki dan keluarganya itu kerana sudi membantu. -CARI


3

Bagus
1

Marah

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 3-5-2019 12:29 PM
cj werleman tidak pernah tahu moneygram wujud ? ....
Quote Orgkgdukobesi 3-5-2019 12:45 PM
Di klia ada branch moneygram kah?
Quote Artemesiaa 3-5-2019 12:49 PM
Bertuah anaknya sebab jumpa orang yang baik untuk membantu bukan jenis yang ambil kesempatan atas kesusahan orang
Quote aijinmisaki 3-5-2019 01:12 PM
Nama macam jawa
Quote Dwdrum 3-5-2019 01:13 PM
Edited by Dwdrum at 2-5-2019 09:19 PM
Orgkgdukobesi replied at 2-5-2019 08:45 PM
Di klia ada branch moneygram kah?


if tiada kiosk boleh keluar kan dari maybank ..but ikut rate bank amount nya .... i check ada few bank di malaysia ada moneygram service ...... i selalu nya guna deposit self fund untuk duit emergency if travel ...in case handbag hilang atau di curi  ...cuma perlu passport
Quote aku_best 3-5-2019 01:18 PM
Anak gadis 18 thn seorang diri pula tu...sib baik selamat....
Quote Austranesia 3-5-2019 01:20 PM
cuba bayang kan anak gadis dia adalah gadis karala .ada orang nak bantu tak
Quote iloveselangor 3-5-2019 01:26 PM
Austranesia replied at 3-5-2019 01:20 PM
cuba bayang kan anak gadis dia adalah gadis karala .ada orang nak bantu tak

Xkoser mak nak tolong...Kang abis di buat Kuil Hindu dalam rumah mak
Quote Orgkgdukobesi 3-5-2019 01:35 PM
Dwdrum replied at 3-5-2019 01:13 PM
if tiada kiosk boleh keluar kan dari maybank ..but ikut rate bank amount nya .... i check ada fe ...

Thank you...good info utk back up plan.

Ambo selalu berharap dgn credit card and "cash passport "sahaja bila travel memana.
Quote buragazz 3-5-2019 01:50 PM
iloveselangor replied at 3-5-2019 01:26 PM
Xkoser mak nak tolong...Kang abis di buat Kuil Hindu dalam rumah mak

Hahaha.. laser nya mulut ko nyah suka mak...
Quote LadyCarefree 3-5-2019 01:53 PM
Mentang kulit putih bg makanan siap bg rm50. Bg mcd meal sudah.
Quote kroit92 3-5-2019 02:32 PM
aku_best replied at 3-5-2019 01:18 PM
Anak gadis 18 thn seorang diri pula tu...sib baik selamat....

ada budak2 kecik, belasan tahun fly dengan adik-beradik pun ada kat KLIA ni
fly sendiri-sendiri je. family dah tunggu oversea

kes macam ni biasa sebenarnya. ni viral sebab anak wartawan je
Quote Star_el 3-5-2019 02:55 PM
12 jam berdepan risiko kelaparan~
ok tapi boleh je dia g jumpa polis ke ape kan minta tolong?
kenapakah aku rasa ni cite kak hasanah XD
Quote farlis 3-5-2019 03:10 PM
Baguslah kalo betul..
Quote AbukRokok 3-5-2019 03:23 PM
emmm rohinya
Quote Melorqe 3-5-2019 03:32 PM
Dwdrum replied at 3-5-2019 01:13 PM
if tiada kiosk boleh keluar kan dari maybank ..but ikut rate bank amount nya .... i check ada fe ...

cuba cerita sikit mcm mcana moneygram ni work?
tak pernah tahu pula.
aku ingatkan masuk bank akaun.
ni sama mcm service hantar duit kat atm yg tak guna bank card tu ke?
Quote aku_best 3-5-2019 03:38 PM
kroit92 replied at 3-5-2019 02:32 PM
ada budak2 kecik, belasan tahun fly dengan adik-beradik pun ada kat KLIA ni
fly sendiri-sen ...

Ooo..patut lah..yg lain2 kes tak masuk dalam berita..hihi
Quote JunkMail 3-5-2019 03:38 PM
12 jam tak makan tu macam kita puasa je. Takde hal lah...lagipun boleh je minum air free kat klia tu. Tapi baguslah Ada org Kasi makanan. Well done org Malaysia.
Quote razzmat 3-5-2019 03:58 PM
banyak yg belum sunat kat cari sekarang nih

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.079364 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top