CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Walaupun Tatabahasanya Lintang Pukang, Ikea Tetap Dipuji Utamakan Bahasa Kebangsaan

30-4-2019 11:17 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9248| Komen: 76|Original author: Oleh: Azza




Polemik nasib bahasa kebangsaan di bumi sendiri antara yang kurang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia, mungkin menganggap ia kurang penting. Namun, apabila Vlogger Britain yang sentiasa membuat review makanan Malaysia, Rhys William memuji keperihatinan syarikat gergasi Ikea dalam memartabatkan bahasa Melayu, tampaknya ia turut memberi tamparan kepada syarikat tempatan yang lebih berbangga dengan bahasa Inggeris.

Biarpun isinya hanya memuji Ikea namun sebenarnya ia turut menjelaskan sikap sesetengah syarikat yang tidak berpijak di bumi nyata.

Kredit foto: Twitter

Justeru itu, netizen memuji keprihatinan syarikat dari Sweden itu yang cuba mengadaptasi dengan budaya tempatan. Malahan Rhys yang juga lebih gemar berbahasa Melayu di media sosial turut dipuji kerana mengangkat Bahasa Melayu di tempat sepatutnya di bumi sendiri. Dalam masa sama ia turut menempelak segelintir perangai orang Malaysia yang tidak tahu pun berbahasa kebangsaan walaupun dilahirkan di Melaysia.

Biarpun masih banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh syarikat ini, namun ia tetap boleh diberi kredit kerana usaha itu sendiri sangat luar biasa. Antara kesalahan tatabahasa yang jelas ialah menu makanan kanak-kanak dan set cadar.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter


Walaupun tatabahasa yang digunakan oleh syarikat perabot terbesar ini agak tunggang langgang hingga ada yang menyamakan seperti 'Google Translate', namun ia harus diberikan kredit kerana usahanya tersebut. Jadi, ada yang tercabar tak bila Mat Salleh sendiri memperjuangkan bahasa Melayu? - CARI 
5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 30-4-2019 11:21 AM
Bebola daging kanak kanak....
Cadar sama sendat size kelamin.....
Quote MeMeimei 30-4-2019 11:22 AM
nice try ikea..  kira ok sla dari cina2 yg tak fasih BM
Quote tumpanglalu74 30-4-2019 11:25 AM
jazaa100 replied at 30-4-2019 11:21 AM
Bebola daging kanak kanak....
Cadar sama sendat size kelamin.....

Tang sainbod bebola tu?
Quote Artemesiaa 30-4-2019 11:25 AM
Baguslah akhirnya ada juga yang berani bersuara
Quote RatuDunia94 30-4-2019 11:29 AM
Edited by RatuDunia94 at 30-4-2019 11:30 AM

Terjemahan yg betul utk Kids Meatball & Double Fitted Sheet?
Quote lwyl 30-4-2019 11:34 AM
Bebola daging saiz cenonet untuk kanak-kanak, kain cadar sendat kaw kaw.
Quote munchkin 30-4-2019 11:34 AM
Biarlah at least cuba. Lepas tu slow slow belajar. Tukar hat lain.
Quote jazaa100 30-4-2019 11:35 AM
tumpanglalu74 replied at 30-4-2019 11:25 AM
Tang sainbod bebola tu?

Bebola daging kanak kanak maksudnya bebola daging dari kanak kanak....bkn daging lembu...
Quote seri_mawr 30-4-2019 11:41 AM
jazaa100 replied at 30-4-2019 11:35 AM
Bebola daging kanak kanak maksudnya bebola daging dari kanak kanak....bkn daging lembu...

kalau iklan/menu mana ada org nak tulis panjang2 namanya....jimat space...
kang dah ruper baca surat pulak...

takkan nak tulis..kids meatball - bebola daging lembu untuk kanak-kanak

kan panjang tuk ruang n kos ...konsep iklan asal org faham sudah....tatabahasa tak jadi hal.
Quote Melorqe 30-4-2019 11:50 AM
seri_mawr replied at 30-4-2019 11:41 AM
kalau iklan/menu mana ada org nak tulis panjang2 namanya....jimat space...
kang dah ruper baca su ...

iklan apa nya.
bukan diaorang bayar pun nak tulis berjela pun.
department yg handle ni la cuba dapatkan term yg betul.
aku rasa ni memang BM hanyut ke laut. yg HOD pun takkan tak reti?
makin malas berfikir aku rasa budak2 zaman sekarang.

bebola daging - saiz kecil
cadar bergetah.

benda ni tak susah pun la haii
search la kat lazada ke, online  ke. orang dah lama guna terms ni.


Quote seri_mawr 30-4-2019 12:00 PM
Melorqe replied at 30-4-2019 11:50 AM
iklan apa nya.
bukan diaorang bayar pun nak tulis berjela pun.
department yg handle ni la cuba d ...

tu kira menu /iklan ..tuk pelanggan baca...

ohh..ikea print sendiri ke...? ingat tempah...sebab klu tempah board mcm gitu kertas dia...semua di kira....jumlah perkataan...gambar...size huruf...

bebola daging - size kecil - boleh jadi pelanggan faham size bebolanya lebih kecil...

ikea nak bagi tahu tu untuk kanak-kanak. kids meal...

aihh....


Quote prettyuglybabe 30-4-2019 12:01 PM
translate direct memang la nampak pelik..
bahasa melayu kan penuh bunga-bunga..
ejaan pun panjang-panjang..
benda simple pun jadi panjang berjela..
tapi boleh letak ayat simple bukan direct translate..
perkataan kelamin tu bukan lucah pun..
takkan dorang tak pernah dengar perkataan rumah kelamin?
tempat ambil perabot tu buang je perkataan anda jadi tempat mengambil perabot..
Quote Dovahkiin 30-4-2019 12:07 PM
Ada yg tak tau maksud kelamin. Kelamin dan alat kelamin tak sama maksud.
Quote Melorqe 30-4-2019 12:10 PM
seri_mawr replied at 30-4-2019 12:00 PM
tu kira menu /iklan ..tuk pelanggan baca...

ohh..ikea print sendiri ke...? ingat tempah...sebab ...

aku cadangkan staff ikea yg buat kerja  ni pi la KFC ke MekD ke tengok cara diaorang susun menu mcm mana
Happy Meal satu bahagian. Menu orag tua  satu bahagian.

aku baca pun boleh confused. bebola daging kanak2 ni utk kanak2 ke sekadar nama menu? hahaha
so aku akan fikir lagi, aku boleh oder ke tidak?
sebab aku pernah ke satu cafe ni,  diaorang tak bagi oder menu saiz kanak2 kecuali jika ada kanak2.
Quote xtahumenahu 30-4-2019 12:19 PM
comel laaaa ikea nih...
Quote willow12 30-4-2019 12:33 PM
Edited by willow12 at 30-4-2019 12:34 PM

i respect the effort.

Tapi untuk info, kita kan dah ada itbm, confirm guna istilah2 yg legit bawah dewan bahasa... Syarikat2 korporat, media n broadcasting company agensi gomen atau siapa2 pun boleh je pegi itbm buat proper translation. Ada la bayarannya. So utk company besar mcm ikea sure nak jaga integriti n image...patut rujuk itbm.
Quote True-X 30-4-2019 12:43 PM
bebola daging untuk kanak-kanak

cadar siap pasang saiz permaisuri???
Quote CharlesDera 30-4-2019 12:45 PM
menghormati ka menggoogletranslate ka? wakakakakakkakakakkakakak
Quote CharlesDera 30-4-2019 12:46 PM
daging kanak2...wakakakakakakakakakakkakakaka

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043803 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top