Biasanya ramai yang panggang ikan, ayam, sotong dan udang kosong-kosong je. Iyalah, nak letak pes tak tahu pes apa yang sedap.
Apa kata lepas ini cuba buat resipi seperti di bawah ini. Dahlah boleh tahan sampai 2 minggu, sedap pula tu! Bahan-Bahan: *2 inci lengkuas *3 inci halia *5 batang serai *8 biji bawang merah *1 biji bawang Holland *1 sudu udang kering jika tidak boleh guna belacan *8 biji cili padi (terpulang pada tahap kepedasan) *3 biji cili merah *3 helai limau purut
*Cili boh *Asam keping *Garam/ Gula *Serbuk perasa Cara-Cara: 1. Kisar semua bahan sampai lumat. 2. Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4 hingga 5 sudu. 3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping. 4. Tumis sampai pecah minyak. Siap! Cara bakar ikan: 1. Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan. 2. Letak ikan dalam pembungkus aluminium. Balut kemas dan bakar atas dapur atau oven. Senang kan? Selamat mencuba! -CARI Sumber: Rasa
|
ADVERTISEMENT