Seorang wanita yang mempunyai 38 orang anak terpaksa membesarkan mereka berseorangan. Wanita yang berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Nabatanzi itu terpaksa menanggung semuanya sejak ditinggalkan oleh suami.
Daily Mail melaporkan dia melahirkan kembar selepas setahun berkahwin pada usia 12 tahun Ia diikuti dengan kembar-kembar yang lain selepas 15 kali mengandung. Sebelum ini dia ada berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat opembilan pil perancang namun malangnya ia mendatangkan masalah kesihatan. Disebabkan itu dia terus melahirkan anak tanpa kawalan. "Saya hidup menderita, suami saya tinggalkan dengan penderitaan. "Sepenuh masa saya hanya menjaga anak dan bekerja untuk wang." Anak-anak yang dewasa ada juga membantu menguruskan hal rumah dan memasak. Satu hari sekurang-kurannya mereka memerlukan 25 kg gandum dan amat jarang dapat makan ikan atau daging. -CARI
|
ADVERTISEMENT