CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tidak Pernah Malu.." - Rezeki Acik Bertambah Dengan Servis Lipat Baju

26-4-2019 11:01 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7349| Komen: 22|Original author: Oleh: intan

Dengan zaman kegawatan ekonomi dan harga barang semakin meningkat, gaji sebulan belum tentu cukup untuk menampung keperluan hidup sehari-hari. 

Pelbagai cara dilakukan untuk mencari rezeki sampingan seperti berniaga dalam talian dan banyak lagi terutama bagi golongan suri rumah. 



Gambar hiasan

Bagi seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Puan Afifahtul Munawarrah yang kini hidup bersama empat anaknya di Johor Bahru, beliau terpaksa menanggung kehidupan dengan melakukan perkhidmatan melipat kain baju.


Kredit foto: MyMetro

Beliau yang ditemui wartawan Harian Metro memberitahu, kebanyakkan pelanggannya terdiri daripada golongan wanita bekerjaya. Kesibukan 
warga kota dalam menjalankan aktiviti harian menjadi punca mereka mendapatkan perkhidmatan daripada beliau.

"Kebanyakkan pelanggan saya kesuntukan masa kerana sibuk dengan kerjaya, sehingga tiada masa untuk melipat baju dan kadang-kadang terperuk dalam bakul berbulan lamanya", ujar beliau yang menambah, kebanyakan golongan ini berada dalam dilema kerana sibuk mengimbangi antara kerjaya dan rumah tangga sehingga tertekan melihat timbunan baju di rumah. 


"Mereka bukanlah malas, cuma kesuntukan masa..."

Menceritakan pengalaman membuat servis melipat baju ini, Puan Afifahtul berkongsi bahawa ada sesetengah baju yang diberi pelanggan sangat banyak untuk dilipat dan ada yang mengambil masa sehingga enam jam untuk menyiapkannya. 

Beliau yang kini mempunyai hampir 20 pelanggan menetap di sekitar Johor Bahru, gembira kerana dapat membantu golongan ini berehat di hujung minggu serta mengurangkan beban dalam menguruskan rumah tangga.


Kredit foto: MyMetro

Bermula dengan tiada kos modal dan hanya mengiklankan perkhidmatan di media sosial, beliau mengakui telah mencuba banyak jenis perniagaan, namun tidak berjaya. 

Menurutnya lagi, perkhidmatan ini membuatkan kehidupannya lebih fleksibel dan mengatur masa dalam menguruskan anaknya dari segi mengambil dan menghantar anak ke sekolah.

Ibu tunggal ini ternyata bersyukur kerana dengan melakukan perkhidmatan ini, beliau berjaya memperoleh pendapatan dalam RM900 sebulan. Beliau juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan untuk menampung hidupnya dan keluarga sehari-hari. 


"Tidak pernah berasa malu walaupun dipersenda..."

Lebih baik bekerja daripada meminta-minta, Puan Afifahtul mengakui tidak pernah berasa malu walaupun pernah dipersenda apabila mula melakukan perkhidmatan ini. Beliau juga amat mementingkan kekemasan dalam hasil lipatannya dan hasilnya, seperti baju baru dibeli di kedai.

Rezeki tidak pernah salah alamat kerana jika kita berusaha, pasti akan mendapat hasil. Tambahan pula, beliau sangat berbesar hati jika ada sesiapa ingin mendapatkan khidmat nasihat tentang bagaimana untuk memulakan perkhidmatan ini. 

Di samping itu, beliau berhasrat untuk memperluaskan perkhidmatannya ke suatu tahap yang lebih baik berbanding sekarang. - CARI
3

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 26-4-2019 11:25 AM
lumayan hasil nya jika rajin

bab basuh baju mmg rajin

melipat tu yg malas, nanti2 sampai ke sudah menimbun baju
Quote Artemesiaa 26-4-2019 12:12 PM
Apa yang nak dimalukan dengan pekerjaan sebegitu bukannya mencuri
Quote gummiebear 26-4-2019 12:45 PM
Bagus akak ni. Basuh baju jemur okay lagi bab lipat memang malasss
Quote Mamidingdong 26-4-2019 12:55 PM
dah cukup modal nanti boleh la akak ni buka dobi kat rumah, buat pakej cuci, keringkan & lipat kain
Quote adik_aza 26-4-2019 01:06 PM
aku pun malas lipat baju .sampai penuh kerusi . basuh n sidai ok lagi. seminggu sekali jer paksa diri melipat huhuhu
Quote kroit92 26-4-2019 02:11 PM
yo go akak
kerja yang halal lagi selesa dan flexible
mesti ramai yang lepas ni cuba potong line buat kerja sama
Quote nisako 26-4-2019 02:14 PM
wow bestnye ade servis cm ni.....
Quote ahd_naa 26-4-2019 02:52 PM
bagusnya.. semoga dimurahkan rezeki.
Quote Iris. 26-4-2019 03:04 PM
i penat macam mana punn... lipat baju biar i buat
i tengok akak ni lipat pun, i akan kirai balik
bukan condemn akak ni lipat... i je yang memang rare sikit... kena lipat elok2 rata dan tak kedut
orang lain lipat... i kirai balik

tapi i takde washing machine so kerja laundry i rela upah orang
Quote meisapoya 27-4-2019 05:59 PM
Family i dulu pon upah mak cik taman tolong lipatkan baju ngan kemas rumah time semua busy tak sempat nak kemas rumah. Rm50 sekali datang. Buat keje nya, 2,3 jam je sehari. Lumayan.
Quote Perk77 27-4-2019 06:07 PM
Bagus MCM ni...tekun dia Cari rezeki...semoga dia sentiasa sihat Dan murah rezeki Dan anak2
Quote Tudunghitam 28-4-2019 05:51 AM
Bagus kakak nie, idea yg bernas. Rezeki halal x pyh malu
Quote virgo19 28-4-2019 09:59 AM
Akak ni kena datang rumah customer utk melipat la kan? Mula2 aku ingat customer kena dtg hantar baju pada dia, aku fikir daripada hangkut baju2 tu semua baik lipat sendiri.
Quote Elle_mujigae 28-4-2019 02:03 PM
Kita pula lagi suka gantung je baju dari lipat...sbb rasa redundant lipat2 baju ni...

Basuh baju-guna hanger-sidai-kering-angkat-gantung kat almari-iron-pakai ..senang dan jimat masa!

Yg benda kecik2 tu je la lipat..heeeee
Quote orgsepang 28-4-2019 09:43 PM
Hebat juga dia ni, akak kalau lipat baju sebukit tak sampai suku dah terlena atas baju2 tu
Quote rainbowrainz 29-4-2019 02:06 AM
Rajin hakak ni bgsnya
Quote mohdcrow 29-4-2019 08:47 AM
best per lipat baju...bukak movie...longgok baju pastu lipat...sambil2 tgk movie...tau2 siap jer
Quote azimodin 29-4-2019 09:02 AM
aku rajin lipat baju kalau xde orang mengacau masa lipat baju. ni waktu nak lipat baju la si kecik tu ajak baca buku, main kejar2 & mintak macam2.  bila ada bapaknya baru la aman makk nak lipat baju ala marie kondo
Quote yayangmama 29-4-2019 11:43 AM
bagus nya dia...tak delah meminta2...anak ramai nak kena tanggung

saya jenis hari2 mencuci... basuh, jemur, angkat...malam tu juga kne lipat...if takkkkk memang la nak jumpa rajin tah payah klu tgk dah membukit baju tu hahahah

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070863 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top