Dah tengok ke belum thread mengenai Sajat di Twitter? Rajin betul eh netizen kumpul video-video penyanyi Bobo Di Mana ni.
Katanya lawak dan boleh menghiburkan hati. Kalau dulu asyik nak kecam Sajat je dek isu jantinanya, sekarang maki ramai pula terhibur. Paling dapat perhatian baru-baru ini adalah video Sajat yang dikatakan sudah makin terbuka mengaku tentang jantinanya yang sebenar. "Slow-slow Sajat dah mula mengaku" katanya.
Dalam rakaman dari IG Live itu, Sajat menceritakan pengalamnnya pergi kenduri. Ada orang panggil dia Mak Nyah! "Berderau jantung I, aduh pecah lubang ke!" Rupa-rupanya orang tu panggil orang lain. "Jenuh I kepit-kepit, tak nak pecah lubang." Alahai Sajat, buat sahajalah pengumuman rasmi. Bak kata Fathia Latif, pakai tudung tapi berpura-pura sahaja buat apa. Akhirnya buka tudung dah jadi diri sendiri lagi tenang. Contoh sahaja, doakan sahajalah kedua-duanya kembali ke pangkal jalan semula ya? -CARI |
September14 replied at 25-4-2019 01:45 PM
Ada ke org bodoh yg x perasan dia ni jantan?
ADVERTISEMENT