CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6.30 Pagi Dah Terpacak, Ambil Cuti, Datang Jauh Dari Kuantan. Ini Penangan Avengers: Endgame

25-4-2019 11:25 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 9498| Komen: 94|Original author: Oleh: intan

Description: 6.30 pagi dah terpacak di pawagam, dasyat sungguh penangan Avengers di Malaysia!


Finale filem Avengers yang dinantikan oleh peminat setia di seluruh dunia akhirnya ditayangkan untuk tontonan awam. Ini termasuklah Malaysia yang rata - rata tidak sabar untuk menyaksikan penamat setelah 10 tahun filem ini ditayangkan oleh Marvel Cinematic Universe (MCU) ini.

Tidak melepaskan peluang, ada yang sanggup terpacak di panggung wayang seawal 6.30 pagi! Solat subuh tak tu?


Menurut info, episod Avengers : Endgame ini ditayangkan dua hari lebih awal berbanding dengan negara lain seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat iaitu pada 24 April 2019. Tiket yang dijual di pawagam seluruh Malaysia rata-rata telah habis untuk tayangan perdana malah untuk hari - hari yang akan datang semata - mata nak jadi orang yang terawal menonton filem tersebut. Dasyat sungguh penangan Avengers ini ya!

Sanggup apply cuti!

Memandangkan 24 April 2019 jatuh pada hari rabu, sesetengah penonton yang ditemui katanya sanggup memohon cuti hanya untuk menonton filem ini. Kelas kau jah! Malah ada yang sanggup berjalan jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan filem tersebut. Menurut saudara Mohd Faizal Muda, 35, beliau tidak kisah memandu jarak jauh sehingga ke Kuala Lumpur supaya tidak terlepas menjadi orang pertama dan mungkin juga, tidak mahu lihat 'spoiler' barangkali.


Bagi Syahizan pula, beliau sanggup menetap sementara di hotel berdekatan dengan pawagam di Mutiara Damansara supaya tidak ketinggalan untuk menonton filem Avengers:Endgame yang ditayangkan seawal 6.30 pagi.

Tengok tu tengok juga, harap tak terlepas solat subuh la ya! - CARI 

Sumber : Worldofbuzz
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stormcloud 25-4-2019 11:34 AM
Kalau aku memang tak la nak buat. Solat lagi penting. Aku pun ambil cuti sebab nak tonton filem nie tapi nak minat tu memang tak. Aku cuma nak habiskan siri avengers nie je.
Quote Simunggu 25-4-2019 11:36 AM
endgame ada main di pasar gantung bah..apa mau kecoh
Quote Artemesiaa 25-4-2019 11:42 AM
Pihak yang mempromosi bijak.  Kira di Malaysia tayangan pertama pukul 7 pagi agak ok lagi berbanding disesetengah negara lain ada yang tayangan pertamanya pukul 5 pagi.
Quote ohnoLia 25-4-2019 11:45 AM
Overhype jha.. baik tgk cicakman kat rumah...
Quote MadameOnion 25-4-2019 11:48 AM
i memang ambik cuti..tapi tengok show kul 9 am kalau kul 7 tu macam kelam kabut sgt la
Quote laksmanabentan 25-4-2019 11:49 AM
Artemesiaa replied at 25-4-2019 11:42 AM
Pihak yang mempromosi bijak.  Kira di Malaysia tayangan pertama pukul 7 pagi agak ok lagi berbanding ...

kat indonesia... few locations start at 5.00am
24 jam pulak tuh...
power giler penangan avengers nih...
Quote MsKathryn 25-4-2019 11:51 AM
Nnt la pegi lepas 2 3 minggu
Quote namieamuro 25-4-2019 11:55 AM
ape nk direbutkan..yg awal tu tak sabar nk mengspoil kan chite tu la kan..bole la bangge dgn ummah kokusen utk pertama kali nye kan

so kali ni ade tak promo botol air avengers yg cun berserta combo popcorn yg best
Quote pilot 25-4-2019 12:01 PM
utk fanatik mmg la gitu...dah diorang flw rapat..

aku yg tak berapa layan pn tertengok gak semlm...kebetulan mmg cuti
Quote zaziot 25-4-2019 12:05 PM
patot la pepagi td g keje byk gile keta aku rs ...smua nk rebut g tgk wayang ke..kuikuikui
Quote nikaido 25-4-2019 12:07 PM
Baru tengok semalam dkt alamanda. Harini bukak fb dah penuh org tulis spoiler. Nasib baik dah tengok
Quote dekmieDandy 25-4-2019 12:08 PM
taktaular kenapa time ni semua jadi peghok

tahun lepas time infinity war riilek2 je aku beli tiket seat best sehari sebelum keluar

bukannye seminggu je dia tayang oii
Quote skinskin 25-4-2019 12:09 PM
Aku target min kutipan usd 1.5B ni..
Quote helicornia 25-4-2019 12:23 PM
kalau tengok awal tu citer dia lain ke dari yang tengok lambat?
Quote myakayina 25-4-2019 12:32 PM
so, betul ke ending ironman mati?
Quote tobby 25-4-2019 12:34 PM
Ending Hulk bunuh Thanos.....sekian spoiler terbaik
Quote ToungeSoup 25-4-2019 12:35 PM
motif datang dari kuantan?? mcm kuantan takde panggung wayang
Quote RatuDunia94 25-4-2019 12:41 PM
X payah tabya pasla solat subuh ke tak.. g je wayang tengah2 hari jumaat tu.. tgok bersepah jantan2 so called muslim..
Quote Orix 25-4-2019 12:43 PM
stormcloud replied at 25-4-2019 11:34 AM
Kalau aku memang tak la nak buat. Solat lagi penting. Aku pun ambil cuti sebab nak tonton filem nie  ...

apa kena mengena solat dgan tonton filem Avengers ni? subuh skrg area2 pukul 5:50 pagi, tiket Avengers plg awal 6:30...... chuols solat subuh sampai sejam kaaa utk 2 rakaat ituh?

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057897 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top