Ramai graduan sekarang mengeluh kerana walaupun dengan kelulusan yang tinggi, mereka masih tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka.
Malahan ada yang memilih untuk menganggur kerana merasakan satu kerugian untuk bekerja dengan gaji yang tidak memadai. Berlainan pula dengan seorang pemuda bernama Zhariff yang berkongsi kepayahannya untuk melakukan tiga pekerjaan demi membantu keluarganya. Dalam perkongsiannya itu, Zhariff yang berusia 21 tahun berkata dia bekerja sebagai despatch di sebuah syarikat kurier pada siang hari kemudian sebagai penghantar barang sesudah kerjanya dengan syarikat kurier itu selesai. Pada waktu malamnya, Zhariff berkata beliau bekerja dengan sebuah restoran segera sebagai penghantar makanan. Menurut anak kedua daripada lima beradik ini, kerjanya sememangnya memenatkan tetapi dia sanggup berkorban demi ibu dan adik-adiknya. Tambahan pula, dia tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan ayahnya hanyalah bekerja sebagai buruh kasar. Perkongsian Zhariff itu mengharukan netizen yang merasa berbangga dengan usaha anak muda itu. 'Saya doakan kamu mudah rezeki', kata seorang netizen. Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalamannya bekerja beberapa pekerjaan dan mengatakan dia faham betapa penatnya anak muda ini. 'Semoga kamu sentiasa ikhlas dalam mencari rezeki untuk keluarga, pasti hasilnya lumayan di kemudian hari', tambahnya. Seorang lagi berkata mereka yang gigih berusaha dan sentiasa mementingkan keluarga pasti Berjaya kemudian hari, tidak kiralah sama ada memereka mempunyai pelajaran atau tidak. Semoga kisah anak muda ini akan menjadi teladan kepada ramai lagi belia di luar sana yang hanya pandai mengeluh mengenai kesusahan hidup. -CARI |
Kurex replied at 25-4-2019 01:03 PM
Takpe dik..
Aku dulu keje kilang, sapu sampah, tolong member buat kerja.
Masa tu sorang taknak kaw ...
uori replied at 25-4-2019 01:21 PM
then apa fungsi makpak dia ke atas hanak2 dorang? (soalan jujur)
Sang_Pencinta replied at 25-4-2019 01:24 PM
Wow Rajinnya
buapakperut replied at 25-4-2019 12:48 PM
meanwhile adek2 main insta pakai mekap tebal, seluar supreme minum starbuck
Iris. replied at 25-4-2019 02:35 PM
Tak... Aku nampak adik dia kemahen posing pakai lipstik merah
Kau kerja juga kan sis....
ADVERTISEMENT