CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun Mahathir Tegaskan Perlembagaan Negeri Johor, Terengganu Terbatal

25-4-2019 10:12 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6318| Komen: 38|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kredit foto: CNN

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai oleh semua negeri di Malaysia.

Memetik catatan beliau dalam laman blog Chedet pada 24 April, adalah penting bagi semua pihak yang berkaitan untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan dan mematuhinya.

"Kegagalan berbuat demikian akan menidakkan kedaulatan undang-undang," katanya.

Kredit foto: Carian Google

Dr. Mahathir menambah, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, perkara yang dipersetujui adalah Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara demokratik di mana rakyat akan memilih kerajaan.

Menurut beliau, raja-raja menjadi pemerintah berperlembagaan tanpa kuasa eksekutif dan kedudukan mereka dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini.

"Parti yang memenangi pilihan raya akan menamakan Perdana Menteri (atau Ketua Menteri - Menteri Besar) dan pemerintah berperlembagaan akan memperkenankannya.

"Sekiranya raja berperlembagaan enggan memperkenankan dan mengesyorkan calonnya sendiri dan memperkenankannya, parti yang menang boleh menolaknya di dalam dewan melalui undi tidak percaya," jelasnya.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Kredit foto: Facebook
Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan, Dr. Mahathir tidak sewajarnya berkata demikian semata-mata kerana tidak bersependapat dengan Sultan Johor.

Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan dan bukannya negara kesatuan.

Mohamed Khaled Nordin. Kredit foto: Facebook


Harap isu ini diselesaikan secara baik bagi menjaga keharmonian dalam hubungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Johor. - CARI

Bagus
4

Marah

Terkejut
7

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-4-2019 10:36 AM
Merapu fossil ni
Quote pengecatbintang 25-4-2019 10:41 AM
ikut undang undang
Quote baghal_bortuqal 25-4-2019 10:44 AM
Todia rule of law lagikkkkk
Quote rospinki 25-4-2019 10:50 AM
ini lah dia sumpah laknat..tk perlu susah2 jatuhkan dia..dia sdri cari pasal mintak dijatuhkan..bodo ontua ni
Quote Yeehaw 25-4-2019 10:56 AM
Pulak dah.. Tapi kalau dah calon PM,MB ntah sape2 macamana raja/sultan/agong nak perkenan. Ye x?
Quote arnauld 25-4-2019 11:00 AM
Nasib sultan johor tegas, harapkan madey, dia buat bodoh jer dgn Mb yg cert tifoo then gi joli Kat batam time crisis...bodoh punya pm
Quote Kurex 25-4-2019 11:03 AM
arnauld replied at 25-4-2019 11:00 AM
Nasib sultan johor tegas, harapkan madey, dia buat bodoh jer dgn Mb yg cert tifoo then gi joli Kat b ...

Yg pergi batam tu pun atok kata tak tau....
Quote cmf_shalom 25-4-2019 11:07 AM
Edited by cmf_shalom at 25-4-2019 01:43 PM

Itu la yang aku paham selama ini..bila negeri-negeri tanah melayu bergabung membentuk Persekutuan Malaya, semuanya menyerahkan kedaulatan kepada Parlimen Persekutuan. kalau la negeri2 itu semua dulu mengenakan syarat..mungkin keadaan berbeza.

Berbeza bila Malaysia terbentuk, dimana Perlembagaan Sabah, Sarawak diluluskan oleh Parlimen UK..Sepatutnya memang 100% bebas dari Parlimen Malaysia...Tp sejarah telah tunjukkan...Persekutuan biasanya main guna kaedah pintu belakang...Minyak Sabah/Sarawak tu jadi milik Petronas bila Putrajaya main magic guna perintah darurat...sekarang pun Putrajaya masih naik main guna magic...tp x la semudah itu skrg..
Quote AbukRokok 25-4-2019 11:10 AM
sedangkan soviet yg maha kuasa pun boleh berpecah
Quote cmf_shalom 25-4-2019 11:13 AM
Edited by cmf_shalom at 25-4-2019 11:14 AM
AbukRokok replied at 25-4-2019 11:10 AM
sedangkan soviet yg maha kuasa pun boleh berpecah

Aku rasa, kalau negeri2 kat Malaya ni nak keluar pun boleh, Perlembagaan xde cakap x boleh..tp itu yg aku paham utk malaya la..or mbe aku silap.

Tapi untuk Sabah, Sarawak- pasti boleh, dengan buat referendum seperti singapura buat dulu
Quote kawahapi 25-4-2019 11:14 AM
Bila la nak habis benda ni..
Quote CharlesDera 25-4-2019 11:18 AM
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai oleh semua negeri di Malaysia.


tak lama dah rentua ni...wakakakakakkkkaakkakakakakakkakakkakaakaka
Quote arnauld 25-4-2019 11:28 AM
@CharlesDera kalau dah buang tebiat Tu maknanya dah tak lama la Tu....
Quote dess402 25-4-2019 11:33 AM
mamak dah takda kerja lain ka .
boring la  .  tak habis2 bergado
Quote tagas 25-4-2019 11:51 AM
Dah betul la ape yg atuk ckp tu

perlembagaan persekutuan is superior than others law includes

undang2 tubuh negeri

kalo tak berkenan sila berambos from dis country

then enforce ur own law
Quote ra5101 25-4-2019 01:26 PM
Ooo baru aku paham, lepas ni kalau Kerajaan Persekutuan nak lantik MB bukan melayu bolehlah. dah tak yah ikut undang2 tubuh negeri.
Quote JokesCop 25-4-2019 01:38 PM
Move on la, dah xde siapa sebut dah. Masa yg baik untuk let go je isu raja ni. Orang lain gaduh kejap je. Ini sampai berminggu2 emosi. Kepala asyik pikir benda ni ke siang malam? Tengahari lapangan automotif seperti f1 dan perotiga ke?

Bila nak fikir isu ekonomi negara? Jangan keluar surat, "Malaysia ditindas, Tun sibuk main kereta anak beranak".

Tun jangan cabar sgt boleh x? Walaupun megah sgt dgn undang2 tu, Tentera dibawah raja. Xpayahlah 1st time tukar kerajaan, 1st time kene guling. Barisan pentadbiran pun cacar marbar. Sibuk hal kecik.
Quote cmf_shalom 25-4-2019 01:49 PM
Namun aku suka juga melihat negeri-negeri kat Malaya ni mula bersikap agresif...Banyak juga yg sepatutnya menjadi hak negeri dilanggar oleh Persekutuan..

Siapa tidak tahu, zaman PM ke-4, ketua menteri dilantik adalah yg pro kepada Tun...senang skit keja Tun...sesiapa yg x pro..akan kena cantas


Sekarang...x dpt la tun nk buat perangai mcm pm ke-4 dulu.,..zaman dah berubah Tun...

Ramai rakyat malaysia yg lagi bijak dari Tun..mungkin 15 tahun lepas..Tun satu2nya org bijak kt Malaysia...sekarang dah berubah kot
Quote tensic~ 25-4-2019 01:54 PM
X faham la.. nape ganu n johor je... Kedah oerak selangor kelantan semua camne

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043861 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top