"Saya sedih dan betul-betul insaf.." begitulah pengakuan Mazlan Pet - Pet ataupun lebih dikenali sebagai Lan Pet - Pet akibat perbuatan beliau menyakiti seorang pengawal keselamatan warga emas di pondok keselamatan sebuah bangunan premis kediaman baru-baru ini. Mereka berdua akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai dan mengambil sikap 'buang yang keruh ambil yang jernih' terhadap insiden tersebut. Perbalahan sehingga membawa kepada kes polis dan mahkamah itu dikatakan berakhir apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk bertemu di sebuah premis, malam tadi. Pertemuan yang mengambil masa dua jam itu dihadiri rakan dan ahli keluarga kedua-dua pihak itu menyaksikan permohonan maaf dari Mazlan, 50, diterima dengan hati terbuka oleh Pakya, 68.
"Saya maafkan Lan, buang yang keruh, ambil yang jernih." Menurut Pak Ya ataupun nama sebenar beliau Yahya kepada BH Online, dia memaafkan Mazlan bukan kerana wang dan populariti, tetapi melihatkan keinsafan Mazlan membuatkan hatinya terbuka untuk memaafkan. Katanya lagi, tambahan dengan bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelang tiba ini, lebih baiklah memaafkan dari memanjangkan sengketa antara mereka. Yahya mengatakan dirinya bukanlah seorang yang pendendam, kerana segala kekhilafan yang berlaku dilupakan setelah pertemuan dua muka itu. Reputasi dan Kerjaya Lan Pet - Pet terjejas gara-gara insiden itu
|
RatuDunia94 replied at 24-4-2019 03:07 PM
Kalau iols jd Pak Ya. Iols teruskan je saman tu.. boleh buat duit kot.. alang2 nk hajar retis2.. haj ...
ADVERTISEMENT