CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Lahirkan Jutawan Muda Usia 25 Tahun, Bisnes MLM Atau Sekadar Gimik?

25-4-2019 11:58 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10254| Komen: 24|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Ahli perniagaan dan personaliti media sosial, Dato Aliff Syukri sememangnya dikagumi ramai kerana keupayaannya mengaut keuntungan dalam perniagaan yang diusahakannya.


Kredit foto: Instagram
Mungkin kerana kepintarannya menggunakan media dan iklan menyebabkan produk yang dipasarkannya sentiasa laris di kalangan pengikut dan pembeli setianya.


Kredit foto: Instagram

Bagaimanapun, baru-baru ini tindakan beliau mengumumkan kejayaannya melahirkan seorang jutawan muda dalam tempoh 4 bulan sahaja diragui ramai. Menurut Dato Alif Syukri, pemuda bernama Shafek itu adalah salah seorang anak muridnya yang berjaya mencatat jualan memberangsangkan menerusi anak syarikatnya As Legacy Malaysia.


Susulan kejayaan pemuda itu, Dato Aliff dikatakan telah menghadiahkannya dengan sebuah kereta mewah Ford Mustang bernilai hampir setengah juta.

Bagaimanapun, ada juga followers di Instagram beliau yang mempertikaikan pengumuman itu. Mereka tidak percaya pemuda itu mampu mancapai status tersebut dalam masa yang singkat. Apa lagi, perniagaan As Legasy milik Dato Aliff sendiri masih baru dan promosinya tidak segah produk lain seperti produk Terlajak laris.


Kredit foto: Instagram
Sesetengah lagi mempertikaikan sama ada pengumuman itu hanyalah gimik murahan untuk mempromosikan perniagaan baru itu. 

Kredit foto: Instagram
Tidak ketinggalan, ada yang menyamakan perniagaan itu dengan Multi Level Merketing kerana menyerupai modus operandi promosi dengan kereta mewah dan menunjuk-nunjuk wang ringgit untuk mencari ahli atau downline.


Persoalannya, adakah pemuda itu hanya dipergunakan oleh Dato Aliff sebagai model untuk mempromosikan perniagaannya? Jika benar, sejauh manakah gimik promosi ini akan berjaya menarik lebih ramai downline beliau? -CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 25-4-2019 12:33 PM
Imagine 90% rakyat malaysia jual ptoduk timbang kilo... dsh dpae nk jd pelanggan nya? Kanak2..
Quote buapakperut 25-4-2019 12:47 PM
gimik mlm la, kosser sangat
Quote Kurex 25-4-2019 12:59 PM
Gimik semata
Quote Sang_Pencinta 25-4-2019 01:18 PM
Betul ke dia betul2 bagi kereta tu??

Modus operandi mlm sangat
Quote coco 25-4-2019 01:44 PM
jutawan segera tu sesuatuh sangat...   anak ikan arapaima datuk ke....
Quote Budakmomok 25-4-2019 01:50 PM
tunggu next year submit LHDN,taula propa ke x
Quote miracle_forever 25-4-2019 01:53 PM
wah peluk bahu tak lps... nmpk sesuatu dgn rambut blonde gitu
Quote mieymiey 25-4-2019 03:08 PM
Gitu la gimik MLM, kalau tak caya tanya Queen Kepam
Quote Melorqe 25-4-2019 03:19 PM
mcm MLM, kalau MLM bukan ke kena ada lesen?
Quote caricerita 26-4-2019 12:20 AM
MLM ni xharommm kalau ada produck. yang harommm bila hg kena cari orang, bayar deposit. dan cari orang lagi. barang? ouh. barang jangan cerita bang. kikiki. Produck avoonn pon konsep MLM ape..
Quote caricerita 26-4-2019 12:20 AM
teringat daku akan ikan arapaima beliau
Quote sfrnna 26-4-2019 09:11 AM
X berkenan sungguh orang yg suka tunjuk harta ni lebih2 lagi founder produk timbang Kilo ni.
Quote farlis 27-4-2019 12:15 AM
Propa jah.. I cukup x suka bila puak2 MLM dan seangkatan dgnnya mcm ni.. No shortcut utk kaya dan berjaya..  
Quote NazRysha 4-5-2019 12:44 PM
haramjadah ni bila la nak muflis
produk ntah apa2
bodohnya sapa jd agen stokis dia ni
Quote anony-mous 4-5-2019 12:59 PM
Patut la ayah i pndang rendah melayu yg xde pelajaran tp berbisnes. Walaupon x semua tp uols tgk la most of them kaya tp adab ilmu tu sgt kurang. Mcm alip syukri. I tau ilmu tu xterhad dlm buku. Tp klau i, i malu kaya hanya dgn jual produk timbang kilo. Tgk la awek cendol & sewaktu dgn nya. Beza sgt mcm jiliyana pon ada 5 syarikat, belajar tggi jd lawyer tp tgk cara dia. Yg xbelajar tggi ni ukur result guna duit jah.

Cina xpndai, tp biasanya ada kedai runcit, bengkel kereta
Quote chicozinn 13-5-2019 03:24 PM
anony-mous replied at 4-5-2019 12:59 PM
Patut la ayah i pndang rendah melayu yg xde pelajaran tp berbisnes. Walaupon x semua tp uols tgk la  ...

Hbis tukang support ramai..jenis jual jus goyang la jus kembang boobies la mana xnye biz mencanak gilebabi
Quote rje 25-5-2019 03:39 PM
Gimik je ni.  Propaaa much
Quote DundalkA91 25-5-2019 03:52 PM
Dia ni mmg ada masalah lah, bipolar ke sit personality, i pernah baca somewhere in medsos tapi tak ingat. I tak boleh husnuzon dgn dia ni, riak to the max, byk dah Allah  ingatkan tidak akan masuk syuurga org2 yang sombong waima sebesar biji sawi. Iblis masuk neraka pun sebab sombong. Huhhh
Quote CikB 20-6-2019 11:41 AM
gimik semata2

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.253789 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top