Kerajaan mungkin tidak lagi menguatkuasakan harga siling untuk petrol RON95 apabila pemberian subsidi minyak yang dihadkan hanya kepada para penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dilaksanakan. Memetik laporan The Star Online pada 23 April, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu sedang dipertimbangkan oleh Kabinet. "Kita juga akan memutuskan sama ada subsidi bersasar akan berdasarkan harga siling sedia ada atau mengikut sistem apungan harga," jelasnya. Pada Februari lalu, kerajaan mengumumkan bahawa harga siling petron RON95 ditetapkan pada RM2.08 dengan tanpa mengambil kira kenaikan harga minyak dunia. Saifuddin menambah, kementeriannya bercadang untuk menggunakan data BSH untuk menentukan jumlah individu yang layak menerima subsidi petrol. Menurut beliau, masalah yang dihadapi adalah kira-kira 10 peratus daripada penerima BSH terutamanya di kawasan luar bandar tidak mempunyai akaun bank. Sehubungan itu, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah berbincang dengan beberapa bank bagi membantu golongan berkenaan membuka akaun. Saifuddin memberitahu, jika kaedah tersebut berhasil, ia akan diperluaskan untuk pemberian subsidi barangan lain seperti minyak masak dan tepung. Nampak gayanya memang tiada harapan untuk melihat harga minyak diturunkan kepada RM1.50 seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). -CARI |
arnauld replied at 24-4-2019 12:02 PM
Ehhh bkn dah berjaya stabilkan harga minyak ker hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha Dari 1.50 Pindah ...
Cicisweets replied at 24-4-2019 11:48 AM
Tread ni mmg supercai tak kan masuk la
badaksumbu replied at 24-4-2019 12:11 PM
tak sanggup dah nak keluar duit utk menten rm2.08 seliter?
masa harga minyak dunia jatuh hari tu ...
tagas replied at 24-4-2019 03:27 PM
Rafizi boyak mane ko punye formula minyak turun
ADVERTISEMENT