CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Pengsan, Dalam Ambulans Pun Kena Cabul

23-4-2019 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5658| Komen: 28|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sudahlah pengsan, dalam ambulans kena cabul pula dengan pembantu perubatan.
Sudahlah pengsan, dalam ambulans kena cabul pula dengan pembantu perubatan.

Mangsa yang merupakan seorang pekerja kafe ketika itu dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.


Harian Metro menyatakan laporan polis dibuat oleh majikannya mengenai mangsa yang berusia 18 tahun itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin berkata,

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pengsan dan dibawa ke klinik berhampiran pada 7.30 malam. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

“Sebaik tiba di hospital itu, majikan mangsa menemuinya dalam keadaan menangis sebelum memaklumkan dia dicabul oleh pembantu perubatan di dalam ambulans berkenaan."

Gambar Hiasan

Difahamkan ketika berada di dalam ambulans itu, dia dalam keadaan sedar, namun lemah.

“Mangsa memaklumkan dia dihampiri suspek yang bertindak mencabul kehormatan mangsa. Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

“Ekoran laporan itu, kami menahan suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu perubatan di pusat perubatan swasta, semalam."

Suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga 27 April nanti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 23-4-2019 12:46 PM
kena pasang camera dalam ambulan
Quote adik_aza 23-4-2019 12:51 PM
aduh sangapnya ko bang.. orang sakit pun ko amik kesempatan
Quote Pink_Purple 23-4-2019 12:59 PM
dia ingat pesakit tu xsedar, jadi dia ambik kesempatan
Quote Artemesiaa 23-4-2019 01:04 PM
Teruknya perangai ambil kesempatan semasa orang dalam kesulitan
Quote Atata 23-4-2019 01:14 PM
Cabul mcamana agak2nya. Picit2 ramas2 tek atau.... guna jari2 ke alat sulit. Eeeeee sialan betol jantan keparat. Nsb baik dia kerja hospital swasta. Klu kerja goverment, kan dah mendapat kena pecat. Tu pun klu d pecat lah
Quote tagas 23-4-2019 01:17 PM
byk sgt layan porn ler tu
Quote Aerhys 23-4-2019 01:18 PM
Entah sudah berapa ramai pesakit yg dicabulnya dlm ambulans. Perangai sangat tak bertamadun!
Quote zaziot 23-4-2019 01:29 PM
allahu akbar..semoga ko dihukum xbole keje in medical unit lg...
Quote Catpaw 23-4-2019 01:31 PM
Nurse takda ka dalam tu? laki je teman
Quote jazaa100 23-4-2019 02:29 PM
Suspek tu kerja kt pusat rawata swasta....mcmana doa cabul mangsa?
Quote saviour_09 23-4-2019 02:35 PM
fake ambulance?

apa benda laaa

kot ye pun sangap cari je la ayam2 lorong tu dik oiii
Quote card_reader 23-4-2019 02:41 PM
x paham mcm mana nak pikir cabul time tengah selamatkan orang....
Quote arm_band 23-4-2019 03:11 PM
hambek kau. umur muda lagi dah mencabul. ambik kesempatan time orang tak daya
Quote manjalara_01 23-4-2019 03:46 PM
shamsadis replied at 23-4-2019 12:46 PM
kena pasang camera dalam ambulan

hidden camera...kang kalau kamera tu x hidden...pun x guna...


Quote manjalara_01 23-4-2019 03:48 PM
zaziot replied at 23-4-2019 01:29 PM
allahu akbar..semoga ko dihukum xbole keje in medical unit lg...

semoga masa giliran die pulak masuk ambulance akan dicabul pembantu perubatan Trans....
Quote namieamuro 23-4-2019 03:49 PM
sorg je ke attendan dlm ambulance tu..i ingat mesti 2-3org nurse dok dlm tu..
Quote dekmieDandy 23-4-2019 03:56 PM
teringat cerita Kill Bill

harap cepat jatuh hukuman
Quote chinta89 23-4-2019 04:05 PM
dah bias abuat kerja ni.. kali ni ambik kau, kena tatatertib!
Quote munchkin 23-4-2019 04:20 PM
Baguih majikan dia  ni!!!!

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.059611 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top