CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Nyanyi Lagu Dia, Bayar Dan Minta Izin Dulu!" - Isteri Allahyarham Saleem

20-4-2019 12:45 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 29923| Komen: 154|Original author: Oleh: intan

Isteri kepada Allahyarham penyanyi lagenda, Saleem yang ditemui di sidang media Showcase Supernova Kesinambungan Seni Lagendary 'S' Remembering Saleem memberitahu mStar beliau tegas mengenai isu di mana kewujudan beberapa pihak yang sesuka hati menggunakan nama arwah suaminya untuk menjana duit dan keuntungan. 

Julia Bachok, isteri kepada Allahyarham Saleem telah memberitahu wartawan dan sekaligus memberi amaran kepada mana - mana pihak bahawa mereka perlu berbincang dahulu jika ingin menggunakan lagu dan nama arwah. Julia tidak mahu orang lain mengambil keuntungan atas angin tanpa pengetahuan beliau.



"Jangan buat duit atas nama arwah dan lagu-lagu dia tanpa pengetahuan saya.."

Ini berikutan setelah kehilangan suami di sisi, Julia kini juga memerlukan duit untuk menanggung anak beliau dan arwah yang masih belajar. Menurutnya lagi, beliau bukan bermaksud tidak membenarkan sesiapa menyanyi lagu arwah, tetapi haruslah meminta izin terlebih dahulu. Dan bagi mereka yang masih berdegil, ada tindakan undang-undang akan diambil dan Julia sudah pun mempunyai peguamnya sendiri.


Ini berikutan kes yang pernah terjadi apabila sebuah syarikat rakaman telah mengambil kesempatan menjana pendapatan dan keuntungan dengan melancarkan beberapa single seminggu selepas kematian arwah dan dilakukan tanpa pengetahuannya. Selain itu, ada juga individu yang tertangkap mengeluarkan cd lagu sejurus selepas kematian arwah. Berkenaan kes itu, Julia juga telah tampil ke syarikat berkenaan untuk membuat tindakan lanjut dan individu tersebut juga telah memohon maaf.


Julia yang sebelum ini terpalit isu perbalahan dengan anak tiri Saleem, Syafiq Farhain di mana syarikat rakaman telah mempromosikan Syafiq dengan menggunakan nama suaminya tanpa sebarang bayaran. Beliau juga mengulas hubungan beliau dengan Syafiq tidak mempunyai masalah dan masih berhubungan baik sehingga sekarang.


Showcase yang bakal diadakan itu akan menampilkan konsert amal yang akan menampilkan 15 artis terkenal dan akan mendendangkan 24 lagu selama 2 jam. Sumbangan yang diperolehi akan diberikan kepada beberapa artis veteran yang memerlukan serta rumah anak yatim piatu.- CARI
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • zowi89

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote didinfriends 20-4-2019 01:00 PM
Hak cipta lagu arwah dapat kat dia ke dapat kat recording company?
Quote safriehalim 20-4-2019 01:37 PM
didinfriends: Hak cipta lagu arwah dapat kat dia ke dapat kat recording company?

Penyanyi pun akan dpt juga, kalau dah meninggal, pewaris akan dpt tp pewaris selepas isteri dan anak, ada tempoh masa.
Quote hzln 20-4-2019 01:52 PM
Speselnya acik julia
Waris2 retis lain aman2 jah serah semua urusan kat badan yg urus pembayaran royalti
Saleem tu penyanyi jah
Bukan pencipta lagu, pemilik syarikat yg miliki hakcipta lagilah bukan
Lagi pun saleem jah kut
Bukan mekel jeksen
Quote sekel 20-4-2019 01:54 PM
kecoh lah acik nie

Quote epalsearch 20-4-2019 01:54 PM
over sgt la makcik ni dari arwah hidup sampai dah meninggal pon tak berubah2 perangai
Quote no_el 20-4-2019 02:03 PM
Eh bukan si farhan tu waris sah ke. Pehal plak nak minta izin ko. Lebih sudu
Quote hzln 20-4-2019 02:49 PM
safriehalim replied at 20-4-2019 01:37 PM
Penyanyi pun akan dpt juga, kalau dah meninggal, pewaris akan dpt tp pewaris selepas isteri dan an ...

Dlm kes saleem ni, royalti utk penyanyi tu kan ker kena bagi sama rata dgn ahli kumpulan iklim yg lain, bukan utk acik julia bolot sorang2, kecuali yg lagu solo...errr brp ketul sgt jah lagu solo saleem yg bener2 populer, yg nak kekwat gitu skali
Quote merahrose 20-4-2019 02:51 PM
song writer yg dpt royalty kn...
Quote naina 20-4-2019 02:52 PM
Ikut suka acik julia bachok lahh
Quote sleepandream 20-4-2019 03:00 PM
royalti lagu dapat dekat syarikat rakaman pun berapa sen sangat... inikan nak bahagi2 dekat ahli kumpulan dengan komposer sementelah lagu berapa ketul tu..
Quote hzln 20-4-2019 03:00 PM
no_el replied at 20-4-2019 02:03 PM
Eh bukan si farhan tu waris sah ke. Pehal plak nak minta izin ko. Lebih sudu

Sbb tu royalti ni org kira secara tahunan, kumpul setimbun dulu baru bagi2 antara waris, bukan mcm jual beli bawang kat kedai runcit, nak pakai ari ni beli 2 hinggit, lusa nak pakai lagi, beli lagi 3 hinggit...
Nak bolot kat dia sorang2 lak tuh, sedang ahli kumpulan yg lain hidup lagi
Takde keperluan dr segi perundangan pun utk mintak izin dr acik nih, atas dasar ehsan, atas dasar hormat kat lejen may be lah, kalu mereka nak hulur sikit, itu atas dasar ehsan sukarela saja, acik julia langsung takdak hak utk demand persen atau jumlah tertentu, baru org bulih perform lagu saleem
Quote SherryZass 20-4-2019 03:12 PM
Berapa henggit jah royalti tu nak dibahagi2kan? Berapa ketul jah lagu arwah salem yg femes dan orang nak nyanyikan? Ke dia nak semua royalti tu bagi kat dia seorang jah?
Quote buapakperut 20-4-2019 03:19 PM
kekwat je makcik ni. pi wat kuih saleem la senang
Quote rosevelvet 20-4-2019 03:21 PM
Ngalahkan waris elbispresli
Quote YomiuriLandMae 20-4-2019 03:23 PM
becok la acik julia bachok ni.. kau plak yg lebih2 mengalahkan retis.. syok sendiri..
Quote espri6006 20-4-2019 03:35 PM
SherryZass replied at 20-4-2019 03:12 PM
Berapa henggit jah royalti tu nak dibahagi2kan? Berapa ketul jah lagu arwah salem yg femes dan orang ...

banyak je lagu saleem yang popular uol..Saleem dah menyanyi secara solo sejak degan iklim lagi dan mempnyai beberapa album solo sewaktu bersama iklim. Kalau dengan iklim ada 4-5 Album kot dan kebanyakkannya semua popular. maybe makcik julia tu nak claim semua saleem nyanyi walaupun dengan iklim. Kecoh betullah makcik ni..ada ke orang nak nyanyi lagu laki dia kena mintak izi dia dulu....orang lain elok2 je nyanyi lagi arwah penyanyi lain. Memang lapar duit kot...tapi dalam artikel tu tulis berbalah dengan anak tiri saleem...salah kot..anak tiri makcik julia ni bukan anak tiri saleem.
Quote Sazida 20-4-2019 03:36 PM
Lebihnyaaa kau ni. Mcm kau pulakkk yanggg menyanyiiii buat lagu bagai. Please la acik., kalau xde duit kerja lahh xpyh nk harapkan duit royalti arwah laki. Bukannya boleh jd jutawan pun. Bini first aman je xde nk kecohh mcm kau.
Quote SherryZass 20-4-2019 04:04 PM
espri6006 replied at 20-4-2019 03:35 PM
banyak je lagu saleem yang popular uol..Saleem dah menyanyi secara solo sejak degan iklim lagi dan ...

Oh yeke, hihi. Nampak sangat iolls bukan pemenat iklim mahupun arwah salem. Gaya acik julia ni macam nak royalti tu semua bagi kat dia je tanpa memikirkan waris yg lain
Quote bondeh 20-4-2019 04:18 PM
Bachokkkkk maaaaari bachokkkkk... tingat I dekat cerita hantu jaman dulu

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066747 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top