View: 27365|Reply: 154
|
"Nak Nyanyi Lagu Dia, Bayar Dan Minta Izin Dulu!" - Isteri Allahyarham
[Copy link]
|
|
Isteri kepada Allahyarham penyanyi lagenda, Saleem yang ditemui di sidang media Showcase Supernova Kesinambungan Seni Lagendary 'S' Remembering Saleem memberitahu mStar beliau tegas mengenai isu di mana kewujudan beberapa pihak yang sesuka hati menggunakan nama arwah suaminya untuk menjana duit dan keuntungan.
Julia Bachok, isteri kepada Allahyarham Saleem telah memberitahu wartawan dan sekaligus memberi amaran kepada mana - mana pihak bahawa mereka perlu berbincang dahulu jika ingin menggunakan lagu dan nama arwah. Julia tidak mahu orang lain mengambil keuntungan atas angin tanpa pengetahuan beliau.
"Jangan buat duit atas nama arwah dan lagu-lagu dia tanpa pengetahuan saya.."
Ini berikutan setelah kehilangan suami di sisi, Julia kini juga memerlukan duit untuk menanggung anak beliau dan arwah yang masih belajar. Menurutnya lagi, beliau bukan bermaksud tidak membenarkan sesiapa menyanyi lagu arwah, tetapi haruslah meminta izin terlebih dahulu. Dan bagi mereka yang masih berdegil, ada tindakan undang-undang akan diambil dan Julia sudah pun mempunyai peguamnya sendiri.
Ini berikutan kes yang pernah terjadi apabila sebuah syarikat rakaman telah mengambil kesempatan menjana pendapatan dan keuntungan dengan melancarkan beberapa single seminggu selepas kematian arwah dan dilakukan tanpa pengetahuannya. Selain itu, ada juga individu yang tertangkap mengeluarkan cd lagu sejurus selepas kematian arwah. Berkenaan kes itu, Julia juga telah tampil ke syarikat berkenaan untuk membuat tindakan lanjut dan individu tersebut juga telah memohon maaf.
Julia yang sebelum ini terpalit isu perbalahan dengan anak tiri Saleem, Syafiq Farhain di mana syarikat rakaman telah mempromosikan Syafiq dengan menggunakan nama suaminya tanpa sebarang bayaran. Beliau juga mengulas hubungan beliau dengan Syafiq tidak mempunyai masalah dan masih berhubungan baik sehingga sekarang.
Showcase yang bakal diadakan itu akan menampilkan konsert amal yang akan menampilkan 15 artis terkenal dan akan mendendangkan 24 lagu selama 2 jam. Sumbangan yang diperolehi akan diberikan kepada beberapa artis veteran yang memerlukan serta rumah anak yatim piatu.- CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hak cipta lagu arwah dapat kat dia ke dapat kat recording company? |
|
|
|
|
|
|
|
didinfriends: Hak cipta lagu arwah dapat kat dia ke dapat kat recording company?
Penyanyi pun akan dpt juga, kalau dah meninggal, pewaris akan dpt tp pewaris selepas isteri dan anak, ada tempoh masa. |
|
|
|
|
|
|
|
Speselnya acik julia
Waris2 retis lain aman2 jah serah semua urusan kat badan yg urus pembayaran royalti
Saleem tu penyanyi jah
Bukan pencipta lagu, pemilik syarikat yg miliki hakcipta lagilah bukan
Lagi pun saleem jah kut
Bukan mekel jeksen |
|
|
|
|
|
|
|
over sgt la makcik ni dari arwah hidup sampai dah meninggal pon tak berubah2 perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Eh bukan si farhan tu waris sah ke. Pehal plak nak minta izin ko. Lebih sudu |
|
|
|
|
|
|
|
safriehalim replied at 20-4-2019 01:37 PM
Penyanyi pun akan dpt juga, kalau dah meninggal, pewaris akan dpt tp pewaris selepas isteri dan an ...
Dlm kes saleem ni, royalti utk penyanyi tu kan ker kena bagi sama rata dgn ahli kumpulan iklim yg lain, bukan utk acik julia bolot sorang2, kecuali yg lagu solo...errr brp ketul sgt jah lagu solo saleem yg bener2 populer, yg nak kekwat gitu skali |
|
|
|
|
|
|
|
song writer yg dpt royalty kn... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut suka acik julia bachok lahh |
|
|
|
|
|
|
|
royalti lagu dapat dekat syarikat rakaman pun berapa sen sangat... inikan nak bahagi2 dekat ahli kumpulan dengan komposer sementelah lagu berapa ketul tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
no_el replied at 20-4-2019 02:03 PM
Eh bukan si farhan tu waris sah ke. Pehal plak nak minta izin ko. Lebih sudu
Sbb tu royalti ni org kira secara tahunan, kumpul setimbun dulu baru bagi2 antara waris, bukan mcm jual beli bawang kat kedai runcit, nak pakai ari ni beli 2 hinggit, lusa nak pakai lagi, beli lagi 3 hinggit...
Nak bolot kat dia sorang2 lak tuh, sedang ahli kumpulan yg lain hidup lagi
Takde keperluan dr segi perundangan pun utk mintak izin dr acik nih, atas dasar ehsan, atas dasar hormat kat lejen may be lah, kalu mereka nak hulur sikit, itu atas dasar ehsan sukarela saja, acik julia langsung takdak hak utk demand persen atau jumlah tertentu, baru org bulih perform lagu saleem |
|
|
|
|
|
|
|
kekwat je makcik ni. pi wat kuih saleem la senang |
|
|
|
|
|
|
|
Ngalahkan waris elbispresli |
|
|
|
|
|
|
|
becok la acik julia bachok ni.. kau plak yg lebih2 mengalahkan retis.. syok sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak je lagu saleem yang popular uol..Saleem dah menyanyi secara solo sejak degan iklim lagi dan mempnyai beberapa album solo sewaktu bersama iklim. Kalau dengan iklim ada 4-5 Album kot dan kebanyakkannya semua popular. maybe makcik julia tu nak claim semua saleem nyanyi walaupun dengan iklim. Kecoh betullah makcik ni..ada ke orang nak nyanyi lagu laki dia kena mintak izi dia dulu....orang lain elok2 je nyanyi lagi arwah penyanyi lain. Memang lapar duit kot...tapi dalam artikel tu tulis berbalah dengan anak tiri saleem...salah kot..anak tiri makcik julia ni bukan anak tiri saleem.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebihnyaaa kau ni. Mcm kau pulakkk yanggg menyanyiiii buat lagu bagai. Please la acik., kalau xde duit kerja lahh xpyh nk harapkan duit royalti arwah laki. Bukannya boleh jd jutawan pun. Bini first aman je xde nk kecohh mcm kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Bachokkkkk maaaaari bachokkkkk... tingat I dekat cerita hantu jaman dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|