Pengawal keselamatan warga emas yang tidak berpuas hati dengan jumlah denda dikenakan terhadap pelawak Lan Pet Pet telah menghantar permohonan rayuan agar hukuman ditingkatkan. Yahya Manap, 68, menghantar permohonan itu menerusi peguamnya, Ahmad Ishrak Ahmad kepada Pejabat Peguam Negara jam 6 petang semalam, lapor Bernama.
Difahamkan, Yahya tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mengenakan denda RM2,000 terhadap Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 49 pada Isnin lalu. Menurut Ahmad Ishrak, anak guamnya mengalami kecederaan teruk dan sangat terkilan dengan keputusan mahkamah itu dan menyifatkannya terlalu ringan dan tidak setimpal dengan kesalahannya. Pihak Yahya memohon Timbalan Pendakwa Raya dan Custodian of Public Interest agar mempertimbangkan untuk memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Tinggi Seremban supaya hukuman ditingkatkan.
Pada 15 April lalu, Mahkamah Majistret Seremban memerintahkan anggota kumpulan Senario itu membayar denda sebanyak RM2,000 selepas mengaku bersalah memukul pengawal keselamatan terbabit pada 6 April di Acacia Park Desa Jati, Nilai. - CARI
|
minahmanja replied at 19-4-2019 12:18 PM
smalam tertengok video pakcik tu, kesian pulak rasa.. pakcik tu siap ckp wife lan ade dlm keta, duk ...
munchkin replied at 19-4-2019 03:02 PM
Hari tu netizen jugak yg impress set set tudung labuh ni. Kebanyakan aku jumpa org rajin ke surau as ...
jazaa100 replied at 19-4-2019 07:46 PM
Akk baru kena dgn tudung labuh ahli surau....mulut mcm longkang....
Dia beli brg dgn akk...kebe ...
ADVERTISEMENT