Seorang isteri diperlakukan dengan kejam oleh suaminya yang mabuk. Mangsa yang baru melahirkan anak sebulan lepas dipijak, dipukul dan kepalanya dihentak ke lantai. Dalam kejadian di Thailand itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan teruk di bahagian dahi akibat dibelasah. Gambar-gambar mangsa yang dipenuhi darah dan tular di media sosial telah menimbulkan kemarahan netizen. Menurut sumber, suspek dipengaruhi alkohol ketika melakukannya. Bertambah teruk ibu mertua suspek menyaksikan sendiri kejadian itu namun tidak berdaya untuk menghalangnya. Setakat ini suspek masih dalam buruan pihak polis. -CARI
|
ADVERTISEMENT