![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/19/110114lkp6rv168kpx8p6k.jpg) Mangsa (kiri), suspek (kanan), Foto: Facebook
Seorang isteri diperlakukan dengan kejam oleh suaminya yang mabuk.
Mangsa yang baru melahirkan anak sebulan lepas dipijak, dipukul dan kepalanya dihentak ke lantai.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/19/105709yf9lai1d0fz1llfg.jpg) Foto: Facebook
Dalam kejadian di Thailand itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan teruk di bahagian dahi akibat dibelasah.
Gambar-gambar mangsa yang dipenuhi darah dan tular di media sosial telah menimbulkan kemarahan netizen.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/19/105709vrnwj70wdjc6sgb7.jpg) Foto: Facebook
Menurut sumber, suspek dipengaruhi alkohol ketika melakukannya.
Bertambah teruk ibu mertua suspek menyaksikan sendiri kejadian itu namun tidak berdaya untuk menghalangnya.
Setakat ini suspek masih dalam buruan pihak polis. -CARI |