Sebagai rakyat Malaysia yang sering menggunakan pengangkutan awam, pasti selalu hadapi situasi di mana kita dah seronok duduk di tempat duduk yang kosong tapi terlihat pula ibu mengandung yang terpaksa berdiri kerana dah tiada tempat duduk yang kosong. Sebagai individu yang berhemah, pasti kita akan bangun dan berikan tempat duduk tersebut kepada ibu tersebut kerana mereka patut diberikan keutamaan. Lain pula dengan gambar yang tular di Twitter ini apabila kelihatan sekumpulan lelaki sedap sahaja duduk tanpa menghiraukan ibu yang mengandung tersebut. Jangan salah sangka, sebenarnya seorang pemuda yang menjadi saksi kejadian ini telah tampil dan mennyangkal kenyataan tersebut. Ramai netizen yang melihat posting awal ini rata-rata menyelar tindakan pengguna Twitter itu yang menyebarkan berita yang tidak sahih seperti ini. Ada juga netizen yang menambah dan mengatakan bahawa ada ibu mengandung yang menolak pelawaan orang awam untuk duduk kerana kesihatan mereka juga. |
ADVERTISEMENT