CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Penagih Sanggup Terjun Lubuk Buaya Dikejar Polis' - Bukti Dadah Buat Anda Jadi Bodoh

17-4-2019 12:06 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8052| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Benarlah kata orang, bila dan ketagih dadah, banyaklah perkara bodoh yang sanggup dilakukan.

Kredit foto: Facebook
Dalam satu operasi membasmi dadah di Kota Samarahan baru-baru ini, seorang lelaki yang disyaki penagih dadah sanggup terjun ke sebuah sungai yang terkenal kerana menjadi lubuk buaya yang banyak meragut nyawa. 

Operasi yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) itu bertujuan untuk membanteras jenayah berikutan aduan ramai penduduk membabitkan penagih dadah di sekitar Asajaya dan Sadong Jaya.


Kredit foto: Facebook
Dalam operasi itu, mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan penagihan diperiksa dan diuji air kencing. Menurut laporan, seramai 17 orang individu telah ditahan kerana positif dadah jenis syabu.

Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, operasi menjadi heboh apabila seorang lelaki yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah telah terjun ke sebatang sungai yang pernah mencatatkan beberapa kejadian maut disambar buaya.


Kredit foto: Facebook
Menghairankan, lelaki itu terselamat daripada apa-apa insiden. Beliau bagaimanapun berjaya ditangkap dan dibawa ke pusat tahanan. Netizen yang membaca berita penangkapan itu mengucapkan tahniah kepada pasukan AADK. 

"Tahniah AADK, mohon buat operasi di Kota Samarahan pula, di sini sudah banyak penagih," kata seorang netizen.


Kredit foto: Facebook
Seorang lagi mengulas tindakan penagih yang terjun di lubuk buaya tersebut sebagai suatu kebodohan. "Bila dah di bawah dadah, terus buat anda jadi bodoh," kata seorang pembaca.


Kredit foto: Facebook
"Hairan, penagih itu selamat, mungkin buaya pun tak hingin meratah badan penagih," tambah seorang netizen. "Hentikanlah menagih, gara-gara dadah bercerai-berai keluarga, sanggup berjudi, mencuri dan buat jenayah termasuk membunuh," nasihat seorang lagi netizen.


Kredit foto: Facebook
Semoga penagih yang tertangkap dan terselamat daripada lubuk buaya itu kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya dadah musuh negara dan perosak institusi keluarga. -CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 17-4-2019 12:09 PM
buaya pun taknak makan pendadih. kalau tak takdela susahkan orang
Quote Sang_Pencinta 17-4-2019 12:11 PM
Buaya pun ada citarasa lah,

Tak sedap makan daging penagih
Quote RatuDunia94 17-4-2019 01:47 PM
Belum ajal mmg lah..
Quote adik_aza 17-4-2019 01:49 PM
buaya pun takut lalok kalau makan daging penagih . emmph tapi ada daging ke diorang hihihi
Quote Sang_Pencinta 18-4-2019 09:22 AM
Macam rangka je tak ada daging

sebab tu selamat kut
Quote Sham143 18-4-2019 10:45 AM
Buaya tk akan lepaskan rezeki didepan mata..cuma nasib dia baik kali ni..
Quote Artemesiaa 18-4-2019 01:09 PM
Dia lebih rela dimakan buaya dari kena cekup mungkin
Quote None68 18-4-2019 01:24 PM
Buaya pun takut makan diaorang, kang buaya high mana nak dapat supply plak kan..
Quote Ali_x 30-5-2019 08:39 AM
Perghhh..bukti dadah itu bodoh...
Quote groundfloor 30-5-2019 11:14 AM
Dia cuma bernasib baik...
Quote Foxey 19-6-2019 10:43 PM
Buaya pun taknak penagih dadah
Quote moonbug 20-6-2019 09:16 PM
Lagi takut polis dari takut buaya patutlah kau tak takut Tuhan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.072799 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top