Adat berjiran, perlulah mengamalkan sikap toleransi dan menghormati jiran. Tinggal di mana sekali pun, pasti akan timbul isu tidak puas hati terutama mereka yang duduk di apartment.
Isu negatif terus-menerus dikaitkan dengan penghuni flat kos rendah seperti yang berlaku di Pulau Pinang ini. Menerusi perkongsian di Facebook Penang Kini, dipercayai berlaku ketegangan antara penghuni di sebuah flat kos rendah apabila salah seorang daripadanya mementingkan diri dengan membuang sampah merata-rata. Namun, apabila notis peringatan ditampal penghuni lain, pelaku berkenaan 'terasa hati' pula, lalu membalas notis tersebut. Eh, eh. Dah bersalah, mahu berlagak pula! Perkongsian itu menguatkan lagi dakwaan orang ramai bahawa kebanyakan penduduk pangsapuri kos rendah memiliki mentaliti kelas ketiga. Namun, ramai juga menyanggah pendapat itu dengan hujah bahawa ia bergantung kepada individu itu sendiri. Jika tinggal di kondo, tapi minda kelas ketiga, sama saja kan pengakhirannya? Dalam masa sama, ramai netizen tidak puas hati dengan tindakan jiran yang mementingkan diri itu membalas notis berkenaan dengan bongkaknya. Yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa buang sampah di situ? Susah sangatkah mahu 'menapak' ke tong sampah yang disediakan? - CARI
|
buapakperut replied at 12-4-2019 04:41 PM
dia buat perangai kera, tak hormat jiran,nak jiran cakap baik2 kat dia. orang macam ni patut kawin n ...
buapakperut: dia buat perangai kera, tak hormat jiran,nak jiran cakap baik2 kat dia. orang macam ni patut kawin ngan bunian jangan dok dengan manusia
ADVERTISEMENT