Jika anda mempunyai anak kecil, pasti anda mengerti jerit perih membawa anak keluar berjalan-jalan. Tambahan mempunyai anak yang tidak boleh berjalan ataupun terlebih lasak, bantuan kereta sorong bayi amatlah diperlukan.
Namun baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila timbul perbalahan mengenai keutamaan menggunakan lif terutama di pasar raya dan gedung membeli-belah.
"First come first serve lah!" Isu keutamaan dalam penggunaan lif ini timbul apabila ada pengguna media sosial meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati kerana terpaksa menunggu untuk menggunakan lif. Menurutnya, lif haruslah digunakan oleh mereka yang diberi keutamaan seperti pengguna kerusi roda, ibu bapa membawa kereta sorong bayi, ibu mengandung, warga emas dan pengguna troli. Isu ini telah menimbulkan perdebatan dan pendapat berbeza antara netizen. Ada yang berkata, lif tersebut adalah hak orang awam, datang lambat kena tunggulah dan pelbagai lagi. Ada yang menghentam golongan ibu bapa yang membawa kereta sorong ke dalam pusat beli-belah dan menyusahkan pengunjung lain.
Survive sendirilah... Perlu ke keluar rumah kalau ada baby? Siapa sampai dulu dia naik dulu! Namun, ada juga beranggapan mereka yang tidak memberi ruang kepada pengguna kereta sorong terutama yang sihat tubuh badan sebagai seorang yang mementingkan diri dan tidak mempunyai akal budi sedangkan kebanyakkan lif telah meletakkan papan tanda 'priorities lane' kepada pengguna. Kuncinya, pupuklah sikap bertimbang rasa dan toleransi dalam diri. Lambat lagi nak capai taraf negara maju kalau masing-masing punya mentaliti penting diri seperti ini. Apa kata anda? wajar atau tidak pengguna stroller diberi laluan khas ketika menggunakan lif? - CARI |
lasagnaklcc replied at 12-4-2019 01:04 PM
Penah I masuk lift dgn parents I, ada amoi tolak trolley, pastu sorg nenek tua + mak berusia dgn cuc ...
arm_band replied at 12-4-2019 01:49 PM
ye la, korang masa kecik-kecik dulu pun mereput kat rumah je kan, mana ada mak bapak bawa jalan-jala ...
ADVERTISEMENT