Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun ditimpa malang apabila dianiaya oleh dua belas orang pelajar lain. Kejadian yang berlaku di Pontianak Indonesia itu menyaksikan Audrey diperlakukan dengan kejam oleh tiga pelajar yang mengepalainya selain sembilan orang lain pembantu dari SMA (sekolah menengah) di sekitar Pontianak.
Menurut media tempatan, salah seorang pelaku menyimpan dendam terhadap kakak Audrey yang dikenali sebagai Po. Malangnya Audrey yang dijadikan mangsa untuk melepaskan dendam dan marah. Perut Audrey ditendang berkali-kali selain mukanya disepak dengan kasut gunung sehingga berlaku pendarahan dan luka yang teruk.
Paling dahsyat, salah seorang pelaku tersebut telah memasukkan jari ke dalam kemaluan Audrey dengan niat untuk memecahkan daranya. Netizen Indonesia kini sedang hangat mengatakan tentang kes ini sehingga ada yang menyebarkan gambar-gambar pelaku. Trending di media sosial dengan tanda pagar #JusticeForAudrey. -CARI
|
brego replied at 11-4-2019 01:06 PM
kalau ada anak, aku nak upah private teacher for homeschool.
banyak orang giler sekarang nih.
ADVERTISEMENT