Seorang ahli gimnastik The Auburn University patah kedua belah kaki semasa melakukan rutin untuk kelayakan ke separuh akhir NCAA serantau di Lousiana, Amerika Syarikat. Samantha Cerio akan menjalani pembedahan akibat kecederaan termasuk koyakan ligamen pada kedua-dua belah lututnya. Akibat insiden salah landing semasa melakukan lompatan handspring double front tersebut Samantha telah mengumumkan bersara.
"Selepas 18 tahun saya akan tinggalkan karier ini. Saya bangga dengan pencapaian saya kerana gimnastik telah mengajar saya untuk bekerja keras, merendah diri dan dedikasi. "Walaupun ia tak berakhir seperti yang saya harapkan, tapi saya tetap bersyukur." Daily Mail melaporkan kejadian tersebut dirakam sewaktu kejohan berlangsung dan tular di media sosial.
Dapat dilihat pembantu perubatan pantas membalut kedua kakinya sebelum membawanya keluar dari gelanggang. Bagaimanapun Samantha menerima tepukan gemuruh dari penonton atas kecekalannya. Menurut sumber lagi kecederaan Samantha ini berlaku hanya dua bulan sebelum perkahwinannya berlangsung. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|