Seorang ahli gimnastik The Auburn University patah kedua belah kaki semasa melakukan rutin untuk kelayakan ke separuh akhir NCAA serantau di Lousiana, Amerika Syarikat.
Samantha Cerio akan menjalani pembedahan akibat kecederaan termasuk koyakan ligamen pada kedua-dua belah lututnya.
Kredit foto: Daily Mail
Akibat insiden salah landing semasa melakukan lompatan handspring double front tersebut Samantha telah mengumumkan bersara.
"Selepas 18 tahun saya akan tinggalkan karier ini. Saya bangga dengan pencapaian saya kerana gimnastik telah mengajar saya untuk bekerja keras, merendah diri dan dedikasi.
"Walaupun ia tak berakhir seperti yang saya harapkan, tapi saya tetap bersyukur."
Daily Mail melaporkan kejadian tersebut dirakam sewaktu kejohan berlangsung dan tular di media sosial.
Twitter
Dapat dilihat pembantu perubatan pantas membalut kedua kakinya sebelum membawanya keluar dari gelanggang.
Bagaimanapun Samantha menerima tepukan gemuruh dari penonton atas kecekalannya.
Menurut sumber lagi kecederaan Samantha ini berlaku hanya dua bulan sebelum perkahwinannya berlangsung. -CARI
kesiannya
harap dapat la pampasan ke kalau ada kecacatan kekal.
itu umum bersara terus tu
tak dapat bayangkan sakitnya. pastu kena tahan sampai ke spital pulak
adeeeehhh
Post time 11-4-2019 12:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
And gymnast ni badan tak boleh sado berat. Kalau tengok badan dia ni agak berat lah. Sebab tu depa diletakkan bawah very strict diet. So takdelah cedera akibat hentakan.
Tengok nadia comaneci or gymnat dulu dulu. Sekeping je. Senang nak buat routine. Gymnast sekarang yg montok sikit bila naik balance beam terhoyong hayang nak buat routine pun tak kemas