Tidak sampai enam bulan melangsungkan perkahwinan, hubungan pelakon Gwyneth Paltrow dan suaminya pengarah Brad Falchuk mengalami tanda-tanda keretakan.
Pasangan itu baru-baru ini dilihat bertekak di sebuah kedai di Los Angeles. "Mereka betul-betul marah dan menjerit antara satu sama lain, " kata sumber RadarOnline yang menyaksikan pergaduhan itu. Menurut RadarOnline lagi, ini bukan kali pertama mereka dilihat bergaduh. Punca perselisihan dikatakan sikap Gyweneth yang degil dan mahu membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira pandangan suaminya. "Gwyeneth seorang bintang besar Hollywood dan memiliki empayar fesyen Goop, jadi dia tidak biasa mengikut perintah sesiapa," kata sumber itu lagi. Malangnya, banyak idea Gwyneth yang dianggap Brad tidak masuk akal dan bermulalah pertengkaran. "Kini mereka tidur di bilik berasingan," kata satu sumber lagi. Diakui perangai Gwyneth sememangnya sedemikian rupa sejak perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Chris Martin lagi. Beliaulah yang mencadangkan perceraian gaya consious uncoupling," kepada Chris yang menjadi bualan ramai. Gwyneth jugalah yang mencadangkan bekas suaminya menyertai bulan madunya dengan Brad baru-baru ini sehingga dipanggil pelik oleh media Amerika Syarikat (AS). Kini ramai membuat spekulasi perangai pelik dan keras kepala Gwyneth ini bakal memusnahkan perkahwinan barunya yang belum pun mencapai usia satu tahun itu. Moga Gwyneth sedar sebelum segala-galanya terlambat. -CARI
|
Sang_Pencinta: Si Jenet ni mcm queen control kot, maklum nama lebih gah dari suami
ADVERTISEMENT