CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Penerbangan Dakwa Pesawat MH370 Mendarat Sebentar Sebelum Hilang

11-4-2019 10:59 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 32834| Komen: 161|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google



Seorang pakar penerbangan mendakwa, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing lima tahun lalu mungkin mendarat sebentar sebelum lenyap tanpa dapat dikesan.

Memetik laporan Mirror pada 7 April, penulis buku The Plane That Wasn't There, Jeff Wise percaya pesawat itu mungkin mendarat, membuat satu pusingan atau berpusing beberapa kali di udara.

Wise mendakwa, jarak masa sejam 13 minit dalam rekod pesawat mungkin membayangkan pesawat MH370 mendarat.

"Tidak diketahui apa yang sebenarnya berlaku mulai pukul 6.28 petang iaitu ketika telekomunikasi satelit dipasang sehingga pukul 7.41 malam.


"Melihat kepada butiran terperinci dalam log data Inmarsat, kami mendapati bahawa sistem itu ditutup dan kemudian dipasang semula," katanya.

Jeff Wise. Kredit foto: Wikipedia


Beliau memberitahu, pada pukul 6.03 petang iaitu 42 minit selepas pesawat itu hilang daripada radar kawalan trafik udara, satelit cuba menghantar pesanan teks namun telekomunikasi satelit MH370 tidak membalasnya.

"22 minit kemudian, iaitu pada pukul 6.25 petang pesawat MH370 memulakan log masuk dengan Inmarsat. Ia kembali dalam talian," jelasnya.

Justeru, Wise yang berasal dari New York, Amerika Syarikat berpandangan, kehilangan pesawat itu tiada kaitan dengan masalah elektrik.

Laluan penerbangan pesawat MH370. Kredit foto: Wikipedia


Pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 membawa sebanyak 227 penumpang yang sebahagian besarnya warga China dan 12 anak kapal.

Sehingga kini, pesawat itu masih belum ditemukan dan tiada siapa pun dapat memberikan penjelasan yang meyakinkan tentang apa yang berlaku terhadapnya. - CARI

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • anisanim

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 11-4-2019 11:03 AM
5 taun baru nak buat statement
Quote nanny_1 11-4-2019 11:18 AM
sebenarnya masa kes ni jadi
kawan iols kerja engineer kat pejabat mas tu
katanya memang dorang tau lama dah yang kapal tu akan dihijack gitu
tapi dorang biarkan jugak hal tu jadi atas hal2 tertentu
kiranya kapal tu jadi kambing hitam la
dan bijan tau pasal ni
dia kata semua orang tau penyebabnya tapi terpaksa tutup mulut.
sebab katanya mustahil boeng takleh detect pasal enjin mh370 sedangkan pasal mh17 kemain beriya support.
hampa boleh paham sendiri la kot
Quote kucengcomel 11-4-2019 11:22 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:18 AM
sebenarnya masa kes ni jadi
kawan iols kerja engineer kat pejabat mas tu
katanya memang dorang tau ...

scarynye statement itu....

Quote orgsepang 11-4-2019 11:28 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:18 AM
sebenarnya masa kes ni jadi
kawan iols kerja engineer kat pejabat mas tu
katanya memang dorang tau ...

Kejamnya kalau betul.
Quote nanny_1 11-4-2019 11:29 AM

iols buat statement ni pun ketakutan jugak sebenarnya
tapi benda ni open secret dah.
chuols semua mesti tau tapi curious lagi
tapi klau ikut logik sapa je nak sara beratus orang dalam kapal tu melainkan bunuh je
Quote nanny_1 11-4-2019 11:31 AM

semua orang tau tapi takmau bagitau sebab jaga periuk nasi sendiri.
cuma semua taktau apa penyebab jadi gitu.
macam rumors2
Quote Noraniza_Iblis 11-4-2019 11:33 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:18 AM
sebenarnya masa kes ni jadi
kawan iols kerja engineer kat pejabat mas tu
katanya memang dorang tau ...

jgn la jd makcik2 kampong yg tua2 dibodohkan lg..
ape laaa bangang tibe2 nk hijack..
then Pm tahu plak tu..
haha..funny statement..
skrg dh tuka kerajaan, tk bocor plak rahsiaa sgt tu...
hahaha

Quote bluecathaze 11-4-2019 11:35 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:18 AM
sebenarnya masa kes ni jadi
kawan iols kerja engineer kat pejabat mas tu
katanya memang dorang tau ...

Ini mmg open secret. Org tak ckp openly sbb xde bukti je.
Quote lkick2113 11-4-2019 11:36 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:18 AM
sebenarnya masa kes ni jadi
kawan iols kerja engineer kat pejabat mas tu
katanya memang dorang tau ...

siapa nak hijack?????? Najib????? amerika????? siapa???? kerajaan dajjal segitiga bermuda????? siapa?????CIA???? FSB?????MI6?????? siapa???

Quote nanny_1 11-4-2019 11:37 AM
Noraniza_Iblis replied at 11-4-2019 11:33 AM
jgn la jd makcik2 kampong yg tua2 dibodohkan lg..
ape laaa bangang tibe2 nk hijack..
then Pm tah ...

itu la
semua cakap macam rumors gitu
sebab takda proof.
dan nak jaga diri.
tapi mustahil kapal sebesar tu boleh hilang tanpa jejak.
Quote nanny_1 11-4-2019 11:38 AM
lkick2113 replied at 11-4-2019 11:36 AM
siapa nak hijack?????? Najib????? amerika????? siapa???? kerajaan dajjal segitiga bermuda????? sia ...

itu yang tak tahu sampai sekarang
tak sapa tau dan berani bersuara.
semua cerita sekerat2 dan takda penghujung.
Quote dserenity9 11-4-2019 11:43 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:18 AM
sebenarnya masa kes ni jadi
kawan iols kerja engineer kat pejabat mas tu
katanya memang dorang tau ...

setakat hearsay ni da bekurun da diknon..
my friend keje mas la..sedara i la..adik i laa...abg i laa...
tapi bukti tarak..yilekk...
da lima taun hilang... my own cousin ada dalam kapal terbang tu..n till now my auntie still depress bila pikirkan my cousin..
n now da tukar kerajaan gv us the proof la what happen to that plane..
kata hari tu blh solve kan within 10 minutes n so on...

Quote Skuau 11-4-2019 11:43 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:18 AM
sebenarnya masa kes ni jadi
kawan iols kerja engineer kat pejabat mas tu
katanya memang dorang tau ...

bnyk tgk citer omputeh na...berteori konspirasi bagai......
Quote nanny_1 11-4-2019 11:47 AM
dserenity9 replied at 11-4-2019 11:43 AM
setakat hearsay ni da bekurun da diknon..
my friend keje mas la..sedara i la..adik i laa...abg i  ...



itulah jadi macam misteri ja
macam chuols kata la rumors yang taktau hujung pangkal
boleh dengar je la
your auntie ada dapat berita apa2 ke?
pampasan ke?
Quote nanny_1 11-4-2019 11:48 AM
Skuau replied at 11-4-2019 11:43 AM
bnyk tgk citer omputeh na...berteori konspirasi bagai......



iols suka lagi tengok unsolved mysteries pasal murder.
bagi otak ligat fikir sikit.

Quote lipans 11-4-2019 11:51 AM
betul la tu. engineer mas tahu kena hijack.

kawan i pilot. bezanya dia tau siapa yg hijack. dia cakap mh370 dah masuk alam jin. ada perkampungan bunian kat tgh laluan tu. Tu yg jin hijack nak jadikan penumpang-penumpang tu kawin dgn puteri bunian. Semua takmau balik. Jadi menantu aquaman la katakan. siapa taknak.
Quote prettyuglybabe 11-4-2019 12:04 PM
masa memula dulu ada sapa ntah cakap selamat landing kat mana ntah..
pastu diam and confirm hilang..
Quote lkick2113 11-4-2019 12:05 PM
Edited by lkick2113 at 11-4-2019 12:07 PM
nanny_1 replied at 11-4-2019 11:38 AM
itu yang tak tahu sampai sekarang
tak sapa tau dan berani bersuara.
semua cerita sekerat2 dan ta ...

no, the point is, where is the proof?????? mana????? aku boleh je cakap bini aku punya sepupu punya menantu ada kerja engineer MAS dia cakap MH370 dah terbang ke themyscira jumpa wonder woman punya kaum amazon
Quote nanny_1 11-4-2019 12:06 PM
lipans replied at 11-4-2019 11:51 AM
betul la tu. engineer mas tahu kena hijack.

kawan i pilot. bezanya dia tau siapa yg hijack. dia c ...

beriya aku baca.
rupanya ending

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.228554 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top