CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jurugambar Bongkar 5 Tanda Perkahwinan Tidak Akan Kekal Lama, Boleh Percaya Ke?

10-4-2019 10:19 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8290| Komen: 29|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Manusia tidak mampu meramal apa akan berlaku kepada pasangan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga. Ada yang berakhir dengan bahagia, ada pula yang putus di tengah jalan.


Kredit foto: Carian Google

Bagaimanapun, sekumpulan jurugambar profesional yang telah merakam memori pasangan pengantin selama berpuluh-puluh tahun berkongsi pengalaman mereka di forum popular Reedit. 

Menurut mereka, daripada ribuan pelanggan yang menyewa perkhidmatan mereka sebagai jurufoto perkahwinan, ramai telah bercerai dalam tempoh singkat.


Kredit foto: Carian Google


Anehnya, tanda-tanda keretakan telah dapat dihidu oleh indera keenam jurugambar terbabit sejak hari melangsungkan perkahwinan lagi. Menurut mereka, pasangan yang tidak kekal lama mempunyai satu daripada lima ciri berikut;



1. Pengantin Mudah Terganggu Dengan Perkara Kecil

Contohnya, apabila ada tetamu jemputan yang lambat, baju pengantin tidak muat, mekap tidak berkenan di hati atau, hujan lebat, kemuraman akan muncul di wajah pengantin sepanjang hari. 

Banyak pasangan pengantin tidak dapat mengawal emosi terhadap perkara kecil seperti ini daripada menganggu acara perkahwinan mereka, akhirnya tidak kekal lama. 

Mungkinkah kerana pasangan ini akan terbawa-bawa sikap sedemikian dalam perkahwinan mereka kelak?


Kredit foto: Carian Google


2. Pengantin Lebih Memberi Tumpuan Kepada Tetamu Daripada pasangan

Pengantin lelaki atau perempuan yang terlalu memberikan tumpuan kepada menghiburkan rakan-rakan dan tetamu mereka daripada menikmati momen bahagia mereka berdua. 

Ada pengantin yang kerjanya mengambil banyak gambar-gambar dengan kawan lama yang jarang berjumpa sehinggakan gambar dengan pasangan sendiri tidak sebanyak mana. Ini petanda yang menunjukkan pasangan itu tidak akan memberi keutamaan kepada keluarga sendiri kelak.


Kredit foto: Carian Google


3. Kejutan Mencalit Kek Ke Muka Pasangan

Mungkin secara kebetulan, tetapi kebanyakan jurugambar profesional itu bersetuju bahawa pasangan yang membuat kejutan mencalit kek ke wajah pengantin mereka cenderung untuk bercerai dalam masa terdekat. 

Ramai jurugambar berpendapat wajah adalah tanda kehormatan dan kejutan mencalit kek ke wajah adalah simbol pasangan tidak menghormati maruah suami atau isteri masing-masing.


Kredit foto: Carian Google


4. Layanan Kurang Adab Terhadap Keluarga Pasangan Ketika Majlis

Pengantin yang tidak memberi penghormatan kepada keluarga pasangannya menunjukkan ketidak-matangan dalam menguruskan keluarga sendiri di masa depan.  

Malah, ada pengantin yang berselisih faham dengan ahli keluarga pasangan sehingga menjejaskan majlis. Menurut para jurugambar tersebut, sekiranya berlaku kes sedemikian, krisis akan merebak dan berpanjangan dan berjangkit kepada keluarga baru mereka.


Kredit foto: Carian Google


5. Salah Seorang Pengantin Diam Sepanjang Majlis

Salah seorang daripada pengantin berdiam diri sepanjang masa, manakala yang seorang lagi bersuara lantang dan terlalu teruja. Menurut beberapa jurugambar, mereka boleh melihat ketidakseimbangan ini ketika mengedit gambar-gambar pengantin di mana hanya seorang yang akan tersenyum sepanjang masa. 

Mungkin pasangan yang diam itu belum bersedia sepenuhnya memiliki keluarga ataupun berkahwin kerana terpaksa.


Kredit foto: Carian Google


Yang pasti, tanda-tanda ini hanyalah pengamatan jurugambar sahaja. Adakah anda bersetuju dengan ramalan berdasarkan pengalaman mereka? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (9 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cookingholic 10-4-2019 10:41 AM
Semua point di atas adalah plausible
Quote zulka 10-4-2019 10:41 AM
karut je...
Quote EvieWanKenobi 10-4-2019 10:50 AM
dah perangai sendiri pun hazab
nak salahkan perkara lain pula..
Quote Sang_Pencinta 10-4-2019 11:01 AM
Reasonable juga ni

Semua perkara di atas adalah indicative sikap kita sebenarnya
yang orang boleh nampak tapi mungkin kita tidak sedari

Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina


Quote Megikari 10-4-2019 11:14 AM
Kalau pengantin yg jemput pondan separuh bogel joget2 cemana pulak jangkaannya? {:question
Quote chinta89 10-4-2019 11:32 AM
Megikari replied at 10-4-2019 11:14 AM
Kalau pengantin yg jemput pondan separuh bogel joget2 cemana pulak jangkaannya? {:question

bahahahahahaha nk tahu jgk tu
Quote Sang_Pencinta 10-4-2019 11:32 AM
Megikari replied at 10-4-2019 11:14 AM
Kalau pengantin yg jemput pondan separuh bogel joget2 cemana pulak jangkaannya? {:question

Jurugambar luar pun tak tercapai akal dek
Quote mizruncing 10-4-2019 11:42 AM
haha nonsense. muka cantik pn nk cerai, cerai jgk. perangai sebaik alam klu dh kata jodoh x panjang sama jgk
Quote sufi^_^ 10-4-2019 01:25 PM
Megikari replied at 10-4-2019 03:14 AM
Kalau pengantin yg jemput pondan separuh bogel joget2 cemana pulak jangkaannya? {:question

hahahahaha...dah agak ada komen cam ni.
Quote Ladybird910 10-4-2019 01:28 PM
Tp psikologi bahasa badan mmg blh baca..
Quote Sang_Pencinta 10-4-2019 01:32 PM
Edited by Sang_Pencinta at 10-4-2019 01:33 PM
Ladybird910 replied at 10-4-2019 01:28 PM
Tp psikologi bahasa badan mmg blh baca..

Kan? Sebenarnya walaupun disebut 'muka masam kerana mekap sedih' spt di atas

Di sebaliknya yang menjadi masalah ialah perangai 'terlalu berkira mengenai masalah kecil tu', dengan kata lain masalah kecil ketika menempuhi perkahwinan nanti pun jadi isu besar

Saya rasa ada simbolik di sebaliknya ni, macam kek juga tu lah, bukan kerana dia calit kek maka bercerai, tetapi lebih kepada kurang rasa hormat kpd pasangan

Yg belajar psikologi ada term ni tapi lupa pulak dipanggil apa
Quote zennaya 10-4-2019 02:01 PM
Sang_Pencinta replied at 10-4-2019 01:32 PM
Kan? Sebenarnya walaupun disebut 'muka masam kerana mekap sedih' spt di atas

Di sebaliknya yang ...

ingatkan calit kek ke muka pasangan nak mengusik suami or isteri. rupanya bole jejas maruah pasangan. nasib masa suap kek x buat mcm tu dgn suami walaupun terfikir nk usik dia
Quote makton 10-4-2019 02:13 PM
jurugambar tu buat part time job jadi juru tilik pulak ke??
Quote tri-max 10-4-2019 02:17 PM
eleh tak payah nak calit-calit kek bagai,
tgk org melayu, siap suap menyuap dgn penoh sopan
itu tanda hormat
.
.
.
sat gi mesti ada org kata yg suap-menyuap pon cerai gak at the end... kui, kui,kui
Quote Artemesiaa 10-4-2019 02:28 PM
Yang buat semua tu pastinya belum bersedia sepenuhnya untuk berkahwin tapi hanya bersedia nak buat majlis je
Quote Ladybird910 10-4-2019 07:22 PM
Sang_Pencinta replied at 10-4-2019 01:32 PM
Kan? Sebenarnya walaupun disebut 'muka masam kerana mekap sedih' spt di atas

Di sebaliknya yang ...

Calit sekadar gurauan tu pd i ok je.. Tp yg mcm pic dia tunjuk lempar kek bagai tu over sgt lah.. Cuma postur and cara pdg masa snap pic pon blh tau how loving and caring u r to ur psgn.  Sbb tu la org ckp pic can tell 1000stories..kikiki
Quote Jorja 10-4-2019 08:31 PM
Yang penting Masih muda ni jgn lupa ambil gambar byk byk nanti da tua kulit kedut kedut myesal ta suda
Quote makita 10-4-2019 08:42 PM
Nombor 5 tu mmg betul.
Quote salmon-suki 10-4-2019 10:22 PM
Megikari replied at 10-4-2019 11:14 AM
Kalau pengantin yg jemput pondan separuh bogel joget2 cemana pulak jangkaannya? {:question

Alamatnye memondan laa mereka..hihihi~sejenis george dlm citer paradise kiss

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.137183 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top