Shah Alam, 25 Sept : Pemilik sebuah banglo dipercayai bernilai lebih RM4 juta menggunakan taktik kotor apabila meletakkan dua kenderaan bagi menghalang jentera berat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan tembok kediaman mewah itu dalam satu operasi di Kota Kemuning, pagi semalam. Taktik itu nyata berjaya menangguhkan operasi yang dilakukan lebih 30 anggota penguat kuasa dan pegawai Jabatan Bangunan MBSA serta polis, namun pemilik kediaman itu tetap berdepan tindakan tegas apabila MBSA mengarahkan tembok banglo yang dibina secara haram itu dirobohkan sendiri dalam tempoh dua minggu.Itu antara kerenah terpaksa dihadapi MBSA dalam melaksanakan tugas bagi membanteras pembinaan struktur haram di dua lokasi termasuk di atas tanah milik kerajaan, di Seksyen 31, semalam. Bagaimanapun, sebuah struktur bangunan yang dipercayai cuba dijadikan pondok kawalan keselamatan ‘elit’ yang juga dibina tanpa kelulusan tidak jauh dari kediaman berkenaan berjaya dirobohkan dalam operasi itu. Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata MBSA mengeluarkan notis amaran mengikut Akta Parit dan Jalan (Akta 133) kepada pemilik kediaman mewah itu sebelum ini, tetapi beliau enggan mematuhi arahan itu sehingga memaksa kerja meroboh dilakukan. “Pemilik kediaman itu membina struktur tambahan/pindaan iaitu tembok pagar tanpa kelulusan majlis. Arahan diberikan sebelum ini mengarahkan pemiliknya merobohkan sendiri tembok berkenaan namun beliau enggan. Berikutan itu pagi ini (semalam) MBSA terpaksa merobohkannya. “Bagaimanapun operasi tertangguh apabila terdapat dua kenderaan menghalang jentera berat MBSA memasuki kawasan berkenaan. Pemiliknya pula berjanji akan merobohkan sendiri tembok itu dalam tempoh dua minggu,” katanya. Shahrin berkata, selain notis dikeluarkan MBSA, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang juga mengeluarkan notis mengikut Kanun Tanah Negara 1965 kerana pembinaan struktur tembok menyalahi peraturan apabila didapati dibina di atas tanah kerajaan.
|
FanTasyCreaTioN posted on 25-9-2013 07:33 AM
ades hahahaha kiter tak pikir pun pasal tow truck masa menaip soalan kat atas tadi
yang ni b ...
nour2001 posted on 25-9-2013 07:47 AM
hehe....tak de tow truck boleh je ramai2 tolak keta tu ketepi...kan...
ADVERTISEMENT