Penganjur Miss Grand Malaysia baru-baru ini mengumumkan barisan penaja utama pertandingan yang akan diadakan di Miri, Sarawak pada 21-28 April. Antara penaja yang diberi tumpuan ramai termasuklah personaliti dan pengasas produk kecantikan kontroversi, Nur Sajat melalui syarikatnya Nur Sajat Aesthetics.
Keputusan itu mengejutkan ramai kerana inilah kali pertama Sajat dilihat menaja pertandingan wanita asli yang bersifat perdana. Miss Grand Malaysia 2019 adalah kali ketiga diadakan menawarkan hadiah wang tunai RM200,000 dan pelbagai hadiah lainnya. Bagaimanapun, ramai peminat pertandingan itu kecewa dengan pemilihan Sajat kerena mereka berpendapat imej beliau mencemarkan prestij pertandingan tersebut.
Terdapat juga puak-puak lainnya yang mempersoalkan niat personaliti itu. Paling pedas, ada sesetangah pihak menyindir mengapa pengasas produk kecantikan itu tidak bertaubat lagi sedangkan baru-baru ini beliau dilaporkan mengalami penyakit misteri. 'Dah sakit pun tak taubat lagi ke? Masa sakit minta doakan, macam mana nak sembuh kalau nama betul pun tak mahu bagitau?' kata netizen. Bagaimanapun, penglibatan Sajat disambut dengan tangan terbuka oleh peminat pertandingan ratu yang sebelum ini menggesa Sajat supaya membeli lesen Miss Universe. Mereka berpendapat pemilik lesen sekarang gagal menaikkan prestij pertandingan tersebut di mata umum. 'Tak fahamlah kenapa orang nak kutuk dia, bidang kecantikan memanglah talent dia, semua manusia tidak sempurna, marilah kita bagi sokongan kepada Sajat' kata peminat itu. 'Nursajat perlu diberi peluang, selama ini dia memang pandai bedah sana bedah sini, mungkin dia boleh transform ratu Malaysia pula supaya ada peluang menang' kata seorang lagi. Apa-apa pun, niat Sajat menyumbang sejumlah besar sumbangan dan tajaan hadiah sememangnya perlu diberikan pujian. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|