CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalah Makcik Tudung Labuh,"- Lelaki Ini Curi, Sembunyikan Gergaji Rantai Dalam Seluar

10-4-2019 12:55 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7870| Komen: 22|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan dua video menunjukkan wanita bertudung labuh melakukan jenayah. Seorang mencuri telefon pintar disebuah kedai makan di KL Sentral manakala seorang lagi mencuri telefon pintar di sebuah kedai telur di Johor.


Dalam kedua-dua kes, netizen berpendapat wanita-wanIta tersebut sengaja menggunakan tudung labuh mereka dalam mengaburi mata masyarakat ketika melakukan perbuatan keji.


Kredit foto: Youtube

Lain pula ceritanya Fresno, California apabila seorang lelaki mencuri sebuah gergaji rantai dengan menyembunyikan objek tajam itu di dalam seluarnya. Kejadian dikatakan berlaku Rabu lalu di sebuah kedai perkakasan lapor akhbar The Fresno Bee.



Rakaman video menunjukkan lelaki itu sedang melihat-lihat di kawasan kedai. Apabila menyedari dia tidak diperhatikan, dengan sekelip mata lelaki itu menyembunyikan gergaji rantai itu ke dalam seluarnya dan menggunakan jaketnya untuk menutup bahagian enjin.


Kredit foto: Youtube

Bagaimanapun perbuatan lelaki itu dirakam dan kini diketahui oleh tuan punya kedai, Jeff Bennet yang telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Menurut maklumat tambahan, lelaki itu berlalu pergi dengan sebuah trak pick up berwarna perak.


Kredit foto: Carian Google

Polis kini menyebarkan video tersebut kepada orang ramai dan meminta sesiapa yang mengenali lelaki tersebut untuk membuat laporan ke balai berdekatan.


Menakjubkan benda sebesar itu dan pastinya tajam boleh dimuatkan dalam seluar. Pastinya lelaki ini seorang pencuri profesional. -CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 10-4-2019 01:39 PM
Nasib tak cedera barang dia kena benda tajam tu
Quote buapakperut 10-4-2019 01:53 PM
cemana sebiji chainsaw mana muat dalam seluar,nak berlaga dengan anu lagi
Quote CiliPadiSedap 10-4-2019 02:19 PM
buapakperut: cemana sebiji chainsaw mana muat dalam seluar,nak berlaga dengan anu lagi

Anu dia besar lava
Quote Artemesiaa 10-4-2019 02:30 PM
Mana2 ada je orang jenis ni dah kalau hobinya mencuri
Quote Burong_Hantuk 10-4-2019 02:33 PM
Iaduhai,dah gila gaknya
Quote prettyuglybabe 10-4-2019 03:43 PM
lain kali cakap dia pakai tudung labuh..
baru la thread dapat sambutan
Quote EvieWanKenobi 10-4-2019 03:46 PM
naya je kalau chain saw tu tetiba onzzz..
Quote puteribaya 10-4-2019 04:21 PM
teingat citer texas chainsaw..ngeriii siot,,smpai iols nampak chainsaw pun dah fobia
Quote puteribaya 10-4-2019 04:27 PM
buapakperut replied at 10-4-2019 01:53 PM
cemana sebiji chainsaw mana muat dalam seluar,nak berlaga dengan anu lagi

anu bole sorok belakang..tarik kuat2
Quote batmana 10-4-2019 04:55 PM
tu cume yg kecil aja..bukan besar cm gmba tu
Quote zorrro_03 10-4-2019 05:11 PM
EvieWanKenobi replied at 10-4-2019 03:46 PM
naya je kalau chain saw tu tetiba onzzz..

HAHAHAHA... kau ingat chainsaw ni pakai bateri ke dik?  btw azab giler gak kena usung benda ni ddengan perut memboyot gitu...  beli je laaa.  tak sampai usd400 pun benda sthil tu...  
Quote jazaa100 10-4-2019 05:24 PM
prettyuglybabe replied at 10-4-2019 03:43 PM
lain kali cakap dia pakai tudung labuh..
baru la thread dapat sambutan

Klu pcik, ckp je pakai serban kannnn....
Quote AwanCikDania 10-4-2019 05:26 PM
Semoga bertaubat.
Quote buapakperut 10-4-2019 05:29 PM
CiliPadiSedap replied at 10-4-2019 06:19 AM
Anu dia besar lava

apa itu, sejenis sosej koktel mini kah
Quote buapakperut 10-4-2019 05:29 PM
puteribaya replied at 10-4-2019 08:27 AM
anu bole sorok belakang..tarik kuat2

hadui tak senak ke, baiklah pakai tudung labuh, sorok kat celah ketiak
Quote Sang_Pencinta 10-4-2019 07:41 PM
prettyuglybabe replied at 10-4-2019 03:43 PM
lain kali cakap dia pakai tudung labuh..
baru la thread dapat sambutan

Kalau therad macik tudung labuh mencuri, hangat thread dengan cacian
Quote CiliPadiSedap 10-4-2019 07:42 PM
buapakperut replied at 10-4-2019 05:29 PM
apa itu, sejenis sosej koktel mini kah

Forumer lava
Quote puteribaya 11-4-2019 10:32 AM
buapakperut replied at 10-4-2019 05:29 PM
hadui tak senak ke, baiklah pakai tudung labuh, sorok kat celah ketiak

tanya penari2 kat wedding Ahahahah..yaaa..Rusli
Quote raxief 11-4-2019 11:14 AM
zorrro_03 replied at 10-4-2019 05:11 PM
HAHAHAHA... kau ingat chainsaw ni pakai bateri ke dik?  btw azab giler gak kena usung benda ni dde ...

ada bro.. husqvarna ada model chainsaw yang pakai battery

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.583674 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top