CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Drama Asalkan Dia Bahagia Dapat Sambutan Hingga Ke Indonesia, Ayda Jebat Gembira

10-4-2019 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15515| Komen: 87|Original author: Oleh: Azza

Description: Siapa sangka drama bersiri di TV3, Asalkan Dia Bahagia bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi turut menambat hati penonton di Indonesia. Drama lakonan Ayda Jebat dan Shukri Yahya ini mendapat sambut ...



Siapa sangka drama bersiri di TV3, Asalkan Dia Bahagia bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi turut menambat hati penonton di Indonesia. Drama lakonan Ayda Jebat dan Shukri Yahya ini mendapat sambutan hangat dari penonton negara jiran berkenaan. Ayda berkata maklum balas yang diterima di platform digital iaitu Youtube TV3 dan Drama Sangat membuatkan dia terkejut namun gembira dengan perkembangan tersebut.


"Tak sangka, ramai juga warganet dari Indonesia yang kini menonton dan meminati drama Melayu dari negara ini. Kalau dulu, masyarakat kita gemar menonton sinetron Indonesia. Tetapi sekarang drama Malaysia pula diterima baik penonton di sana," katanya seperti dilaporkan akhbar Harian Metro.
Kredit foto: IG

Menurut Ayda, situasi positif ini sangat menggembirakan kerana karya seni tempatan berjaya mendapat tarikan luar. Malahan, penonton tersebut datang dari pelbagai daerah seperti Jakarta, Acheh, Sumatera, Bandung, Kepulauan Bangka, Kalimantan dan beberapa kawasan lagi.

"Saya dah Shukri sangat profesional dalam berkerjasama bagi melakonkan watak masing-masing sebagai Adira Imani dan Haris Aryan. Apa pun terima kasih kepada semua penonton yang menerima lakonan kami dengan positif dalam drama Asalkan Dia Bahagia ini, katanya lagi.

Drama Asalkan Dia Bahagia yang disiarkan pada 5 April lalu kini #24 on trending di YouTube Malaysia. Memuatkan 28 episod, Asalkan Dia Bahagia diarahkan Jamal Khan disiarkan slot Akasia TV3 sejak 8 Mac lalu. Mengisahkan Adira yang menjadi 'anak pungut' dalam sebuah keluarga perlu mengahwini rakan abangnya kerana membalas budi. Selain Ayda dan Shukri, drama itu dibintangi pelakon lain seperti Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Esma Daniel, Marissa Yasmin dan Safura Yaacob. - CARI 

4

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 10-4-2019 12:28 PM
wow... penambat hati penonton Indonesia tu...
berdasarkan pandagan warganet....

warganet tu maksudnya youtube la kan...
berapa viewer youtube drama ni ekkk..
#tanyajer
Quote tootii 10-4-2019 12:34 PM
antara drama tv3 yg aku nk cepat habis.. bosan ngk watak2 utama tu .. kadang2 terpikir, mcm ni ke org kawen.. asyik la gaduh jerk .. baik sehari, gaduh 10 hari ..
pastu duk ulang salah yg sama .. haissshh.. cerdik sikit please !
Quote bemyself 10-4-2019 12:47 PM
Bosan la citenye..baik gado..baik gado...x leh hadam la drama skrg ni..ntah hape2 laaa
Quote armin 10-4-2019 01:04 PM
Drama bosan pun ada org suka
Quote SherryZass 10-4-2019 01:09 PM
Iolls tak tengok pon drama ni tapi dari iklan dan video yang berterbangan lagi rasa tak nak tengok. Entah, rasa tak menarik dimata iolls
Quote mixed 10-4-2019 01:19 PM
cite bodoh bosan aku tertgk 2 epi
apo abg angkat berebut nk kt adik angkat
yg dah berlaki

kakak aku layan cite ni
bila kau blk keja dia tgh tgk  koser
Quote AshkieLa 10-4-2019 01:19 PM
drama banyak termenung.. dok ulang salah sama... gaduh baik gaduh baik..
Quote ninnamina 10-4-2019 01:34 PM
Jalan cite lembab.
Lontaran dialog pon lembab mcm terkial2 nak bg ayat.
Sudahnye tgk ep 1-3 je pastu bolayan
Igtkan dah habes cite ni rupenye tgh tayang lg
Quote chinchan78 10-4-2019 01:37 PM
Malas nk layan drama nih sbb heroin x sedap mata memandang...  
Quote no_el 10-4-2019 01:40 PM
Heroin Sejenis jul ripin. Kulum skrip. Xketahuan biji butir. Yg si hero awat muka teruk beno. Jerawat berjerutu
X selera nak tgk
Quote Badigol 10-4-2019 01:41 PM
walaupun heronya syukri yahya yg pandai belakon tu,tapi drama ni tak best langsung..tertengok 3episod..SY sgt kepam dan nmpk tua,ayda pula lemah lemau je mcm kaku dlm drama ni..so i stop dh tgk..plot lembab asyik merajuk atas katil je..
Quote mizzmaz 10-4-2019 02:34 PM
Nasib la x tgk cerita ni..dpt rasa jln cerita yg sama je dgn drama2 sebelum ni.
Quote Yeehaw 10-4-2019 02:38 PM
Boring yach cerita ni. Bila ntah nak habis.
Quote chinta89 10-4-2019 03:23 PM
lagi2 muka sama.

syukri yahya nampak tua dlm poster tu.

dan si lelaki sorg lagi tu.. euwwwwww.
Quote NurAlia14 10-4-2019 03:26 PM
Bosan giler cite ni skrip tu xblh kretif sikit ke?
Quote mamapea 10-4-2019 03:26 PM
aku pun x blh layan drama ni...shukri yahya mmg fav actor aku tp dlm drama ni mmg lemau la...
Quote mamapea 10-4-2019 03:27 PM
Badigol replied at 10-4-2019 01:41 PM
walaupun heronya syukri yahya yg pandai belakon tu,tapi drama ni tak best langsung..tertengok 3episo ...

apa yg ko ckp mmg 100% aku setuju...
Quote GigaMom 10-4-2019 03:34 PM
Pandai btul iklan2 kat cari ni
Quote nur.nilam.sr 10-4-2019 03:44 PM
Blh tahan juga sambutan citer ni, maybe ada yg suka tgk psl tema x berat sangat kott, X pyh nak pening2 kepala.. Tp storyline citer ni cliche sgt, boring pun ye.. Pusing2 mcm tu je citernya

Layan citer ni pun kdg2 je sbb SY is one of my fav actor, berlakon apa2 pun best je. Betul la mcm forumer2 kat atas ni, SY dlm citer ni selebet sgt. Lagi suka his look mcm dlm citer vila ghazara akasia dia last year tuu..

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.087370 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top