CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Geng Budak-budak 80-an Dan 90-an, Yang Mana Satu Pernah Jadi Kegemaran Anda?

9-4-2019 11:12 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 19621| Komen: 116|Original author: Oleh: nameera

Zaman ini, kanak-kanak lebih gemar bermain gajet kerana lebih seiring dengan arus kemodenan dan teknologi yang kian maju. Namun dulu, inilah permainan yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak 80-an dan 90-an.


Berikut adalah senarainya.




Kredit Foto: Google


Tak payah susah-susah nak beli pemadam. Ini permainan paling mudah untuk mengumpul pemadam dengan pelbagai gambar menarik.  Permainan ini hanya memerlukan pemadam dan kekuatan jari untuk menekan. Cara bermain, hanya perlu timpakan pemadam lawan dengan pemadam anda. Jika berjaya, pemadam 'si kalah' akan dirampas.




Kredit Foto: Google

Antara permainan paling digemari kanak-kanak perempuan. Sesiapa berjaya melangkah getah dari getah paling rendah hingga ke paling tinggi, dia 'hebat'.




Kredit Foto: Google

Permainan paling gemar dimain bila waktu rehat di sekolah. Tiang menjadi sasaran. Ada yang pernah terhantuk dekat tiang ke? Baik mengaku!




Kredit Foto: Google

Habis waktu sekolah. Pergi warung, mintak penutup botol air F&N dekat makcik kedai. Kumpul sampai cukup. Esok, bawa pegi sekolah. Main jentik-jentik stail catuk ayam, jamban dan banyak lagi. Kemudian, timbang untuk dapat 'point'.




Kredit Foto: Google

Ini alternatif lain kalau getah tiada. Lompat Tikus akan menjadi pilihan. Bersedialah menghadapi susunan telapak tangan dengan pelbagai cara dan paling tinggi.


6. Gasing


Kredit Foto: Google

Hanya kerana ingin melihat gasing berputar dengan cantik dan warna-warni, gasing dihias dengan pelbagai warna dan corak.




Kredit Foto: Google

Batu seremban versi Melayu, Tamil, Cina, Ketam dan macam-macam ada. Ini adalah antara permainan ter-hot terutamanya bagi kanak-kanak perempuan pada suatu ketika dulu. Dengar cerita, batu seremban menjadi permainan kanak-kanak zaman kini juga. Yeke?




Kredit Foto: Google

Permainan ini menentukan nasib dari dam yang dibaling. Dimakan ular, atau naik tangga.




Kredit Foto: Google

Ada yang masih ingat macam mana nak main galah panjang?  




Kredit Foto: Youtube

Ini juga salah satu permainan paling digemari. Polis dan pencuri. Tetapi bukan main curi-curi ya. Hanyalah permainan kejar-mengejar yang menguji ketangkasan pemain. Sekarang permainan kejar-mengejar ini juga sudah dibawa ke peringkat antarabangsa.


11. Guli


Kredit Foto : Flickr

Permainan guli antara yang paling digemari kanak-kanak zaman 80-an. 




Kredit Foto: Google

Dulu hingga kini, permainan ini sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak perempuan. Namun dulu, kanak-kanak lebih gemar menggunakan bahan semula jadi seperti pasir, pokok bunga sebagai bahan masakan dan barang terpakai seperti bekas tin kosong dan tempurung sebagai bekas memasak. Apa lagi ya?


13. Congkak


Kredit Foto: Google

Congkak lubang tanah main dengan biji getah, congkak kayu main dengan guli, dan hinggalah bawa ke congkak moden yang berwarna-warni itu. Cara bermain masih sama. Siapa banyak rumah terbakar dia kalah!


14. Bola Kertas


Kredit Foto: Google

Seperti permain 'foosball', tetapi permainan ini tidak perlu mengeluarkan modal. Hanya menggunakan barang kitar semula dan sedia ada sahaja. Kreatif betul kanak-kanak zaman dulu ya?


15. Tuju/baling Selipar


Kredit Foto: Google

Siapa suka main tuju selipar? Yang selalu main tu mesti selalu berbirat badan kena baling selipar kan?


Ini antara permainan untuk anda mengimbau masa lalu. Selain senarai di atas banyak lagi permainan mengimbau zaman kecil bukan?
Yang mana satu kegemaran anda? Jom kongsikan! - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • kj83

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 9-4-2019 11:24 AM
Semua main.. sampai mak aku jerit dah maghrib x balik2 sibuk main..
Quote LautBiru52 9-4-2019 11:28 AM
Paling suka main masak2 la. Ada 1 hari tu dapat mancis. Mak aku piat telinga sebab takut kebun terbakar. Hahahaha
Quote ninjago 9-4-2019 11:34 AM
aaaa semua i penah buat kekecik dulu.. bestnya hidup masa umur2 camtu semua happy je. childhood memories - the best escape to happiness especially time tgh stress or ada prob bila dah tua bangka nie
Quote Kurex 9-4-2019 11:39 AM
Aku suka main sorok sorok dengan police and thief. Lari masuk rumah sendiri.
main tepok tepok kad
Main bola beracun.
Main Radio rosak
Main angkat orang (satu pegang tangan kita, satu pegang tangan member, member lagi satu duduk tengah)
Main ice water
Main kad happy family, donkey, old maid, lepas tu cong kad tu, kalau ada gambar sama, kena rebut sambil cakap snap, tak pun main kad yg ada joker tu.
Main kejar-kejar, dah dapat member, terus cakap kau jadi, sampai sekarang aku tak tau jadi apa.
Kalau rumah black out, kitaorang berkumpul ramai ramai lepas tu cerita hantu.  
Quote BoongaKertas 9-4-2019 11:41 AM
childhood memories nye semua tu! bestnye jd kanak2. takyah risau bills nak bayar
Quote ais_kosong 9-4-2019 11:51 AM
semua main jugak..
bestnya zaman dulu
Quote coolie83 9-4-2019 12:03 PM
main semunyik2 xde ke...all time feberet game
Quote bibirmerah 9-4-2019 12:18 PM
Bestnyer...tingat time dodulu
Quote mdhelmi 9-4-2019 12:36 PM
semua main termasukla
main tepuk kad
main jentik pen
main konda kondi
main bola cap

dan ada antaranya aku tgh ajar anak2 aku main

Quote frozenfroggie 9-4-2019 12:56 PM
Semua main, rindunya zaman dedulu
Quote maie_mai 9-4-2019 01:00 PM
semuaaaa rindu nyeee zaman dulu. skg tengok bebudak duk sibuk main tiktok , dalam hati alahaiii rugi nyaa x merasa apa yg kita rase dulu
Quote puteribaya 9-4-2019 01:07 PM
semua iols main..lagi satu konda kondi..iols main..tup kena muka batang kayu anak tu....sib baik parut x jelas..main dari balik sekolah sampai nak maghrib..itu pun sebab nampak ayah dah pakai kopiah nak surau..sambil terbongkok2 patah ranting kayu..sebelum kena libas ngan ranting tu,..baik cabut dulu ikut pintu dapur..hehhe
Quote buapakperut 9-4-2019 01:48 PM
rambut iols penah terbakar sebab over sangat main masak2.
Quote Andyscenes 9-4-2019 02:09 PM
Bola rounders, pukul berapa datuk harimau, main sep2 jadi. Main lastik cicak smpi makhluk halus tegur aku gila betul, main carrom. Aku x suka main masak2, sbb aku nak jadi anak, dorg paksa aku jadi suami pastu suh ddk umah masak pelik aku
Quote RatuDunia94 9-4-2019 02:13 PM
Semua dah merasa main..
dulu2 bila cuti sekolah setiap hari masa akan terisi dgn aktiviti bermain benda2 tu dgn jiran sekampung..
Pagi2 dah berkumpul main ting ting. Pastu tgh hari main ceper (penutup botol)/batu seremban kat beranda rumah sbb panas.. sampai makan tgh hari kat rumah kawan sbb x balik rumah. pastu petang dh redup sikit main lompat tikus/galah panjang/baling selipar/tin or lompat getah (zero point)..
Xde masa la cuti sekolah nk baring ngadap tv n gajet je mcm budak2 skrg. Sbb tu dulu kawan iols semua kurus2 n fit. cuma hari sabtu ahad je pukul 9.00-10.00 pg tgok tv cite Sailormoon n dragon ball..
Quote RatuDunia94 9-4-2019 02:17 PM
Lepas tu bila haus beli aiskrim malaysia 10 sen kat rumah makcik yg jual ais krim n jajan2. Sampai habis duit syiling kat rumah sbb hari2 beli aiskrim. Siap duit2 syiling yg jatuh celah2 almari pon dikorek..
Yg x bestnya tiap kali beli ais krim mesti kena buka peti sejuk makcik tu.. dah la bau mcm2.. hahaha..
Quote maie_mai 9-4-2019 02:24 PM
RatuDunia94 replied at 9-4-2019 02:13 PM
Semua dah merasa main..
dulu2 bila cuti sekolah setiap hari masa akan terisi dgn aktiviti bermain  ...

kan, tengok bebudak skg dkt kampung, berkumpul reramai ngadap phone je memasing
Quote tiewa 9-4-2019 03:18 PM
Alhamdulillah pernah merasai keseronokan permainan2 di atas dulu2.. paling faveret main lompat getah la..haha.. tambah dalam list main sorok2.. main sapa cepat duduk.. main jadi patung n macam2 lg la.. sooo seronok..
Quote Artemesiaa 9-4-2019 03:20 PM
Tak ramai yang tahu main permianan ni zaman sekarang ramai yang tahu layan gaget je nak main diluar ada juga mak pak tak benarkan takut kena kipnap dengan van putih katanya

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.173134 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top