CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelagat Anwar Joget Lambak Lagu Tamil Bersama 'MGR' Curi Tumpuan

8-4-2019 03:53 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4612| Komen: 9|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Gimik pikat pengundi India di Rantau
Gelagat Anwar menari di atas pentas bersama 'MGR'. Kredit foto: YouTube

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terkenal dengan kebolehannya untuk menyesuaikan diri dan menarik perhatian orang ramai dalam setiap majlis yang dihadirinya.

Kalau di dalam masjid atau surau, beliau lazimnya memberi tazkirah ringkas dan bila di hadapan penyokong dari kaum Cina, Ahli Parlimen Port Dickson itu kebiasaannya mengucapkan sepatah dua ayat dalam bahasa Mandarin.

Jika bertemu kaum India, seperti di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas di Rantau, Negeri Sembilan semasa berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram pada 6 April lalu, Anwar naik ke pentas untuk berjoget mengikut rentak lagu Tamil yang berkumandang.


Gelagat Anwar bersama seorang artis yang meniru gaya pelakon filem Tamil terkenal, MG Ramachandran atau MGR yang tular melalui YouTube seterusnya menjadi topik yang hangat dibincangkan dalam kalangan netizen.


Dalam ruangan komen laman Facebook Utusan Online, ramai netizen yang mempersoalkan sama ada Anwar berbuat demikian semata-mata untuk meraih undi kaum India terhadap Streram yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau.

Mereka hairan kerana bakal Perdana Menteri itu sering mengadu sakit tulang belakang semasa menjalani hukuman penjara sehingga memerlukan rawatan pakar.

Namun, Anwar kelihatan lincah malah berupaya menari mengikut rentak lagu Tamil selepas beliau dibebaskan dari hukuman penjara tahun lalu.

Kredit foto: Facebook

Beberapa netizen pula menyokong perbuatan Anwar itu malah mereka menganggapnya kebolehan Anwar untuk menyesuaikan diri dengan khalayak yang ditemuinya sesuatu yang hebat.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka ikhlas ketika memberi pujian tersebut atau sekadar memberi komen yang sinis.

Ada juga yang mempertahankan tindakan Anwar itu dengan menyatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menari dan menyanyi di atas pentas.

Kredit foto: Facebook

Harapnya kalau ditakdirkan Anwar menjadi Perdana Menteri, sikap mesra rakyat sebegini diteruskan dan bukan sekadar dijadikan gimik musim pilihan raya sahaja. - CARI

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 8-4-2019 05:11 PM
serba blh betul dia ni hahaha
Quote hussaini4675 9-4-2019 07:59 AM
seramado: serba blh betul dia ni hahaha


Pancing undi punya pasal. Tapi bukan dia yang bertanding pun.
Quote MadameOnion 9-4-2019 10:42 AM
bakal PM ..alhamdulillah
Quote hussaini4675 9-4-2019 12:33 PM

bakal pm selama2nya
Quote najib888 9-4-2019 04:51 PM
wah.. bleh tahan ligat tuhh..
Bukan ka dia ni ada slip disc ka pa dulu.. lincah sungguh skrg ni...

Serba boleh Bang Non ni..
Quote jetrofa 9-4-2019 05:54 PM
lagi lincah dari retis tamil tu...
Quote relaxjek 9-4-2019 05:59 PM
Pemimpin mcm ni ke yg bersatu dan pan suka?.. udah2 laa tu
Quote ayyyyangg 9-4-2019 06:50 PM
{:childlike
Quote yenil95 10-4-2019 09:39 AM
aku igt dia joget ala madonna..hmmh.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.112982 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top