CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Karnival Selangor Agro Market Dari 6-7 April 2019 - Harga Murah, Berpatutan!

7-4-2019 09:47 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 3781| Komen: 6|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit foto: MARDI Selangor

Susulan sambutan luar biasa tahun lalu, Program Selangor Agro Market (SAM) diperluaskan lagi ke beberapa buah lokasi strategik di negeri Selangor, antaranya di MARDI, Jalan Kebun, Klang. 

Program itu menawarkan beberapa aktiviti  touchpoint antaranya Program Jualan Secara Terus Dari Ladang dan Kilang produk berasaskan pertanian dengan menawarkan harga berpatutan dengan pengurangan sejumlah 5 hingga 25 peratus lebih rendah.

Selain itu, objektif program SAM dilaksana bertujuan menambah outlet akses rangkaian pemasaran yang memberi peluang kepada agropreneur di peringkat pengeluaran menambah pendapatan.

Kredit foto: MARDI Selangor
Turut hadir melawat tapak gerai adalah Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad Sabu.

Selain jualan pelbagai produk segar dan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan harga berpatutan, tapak karnival juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan kawad pasukan tentera TLDM dan TUDM, pameran aset tentera, pertandingan mewarna dan jualan food truck serta booth khidmat pelanggan pelbagai agensi kerajaan. 

Kredit foto: MARDI Selangor
Kepada anda yang ingin membeli buah-buahan tempatan segar, ikan, ayam dan pelbagai produk tempatan lain, bolehlah mengunjungi Karnival Selangor Agro Market yang diadakan bermula 6 hingga 7 April 2019 di MARDI Jalan Kebun, Klang, Selangor.


























1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 7-4-2019 10:49 AM
sunyi sepi je?
klu murah mesti dah berkerumun ummah memborong siap2
Quote LautBiru52 7-4-2019 03:31 PM
Tak maknanya murah. Kalau ade jualan mcm ni dekat kuala selangor aku tgk mahal je. Lagi mahal dari kt luar pun ade. Kerepek je yg byk
Quote noraidil_06 7-4-2019 07:52 PM
AbukRokok: sunyi sepi je?klu murah mesti dah berkerumun ummah memborong siap2

My sis gi. Best gak dia kate. Mcm2 diborongnye n dpt byk goodie bag
Quote OrkedCattleya 8-4-2019 06:02 AM
Menarik jugak ni..{:good
Quote acikhan 8-4-2019 08:00 AM
Haku teringin nk pg tp jauh laa...nie klo pg nie kompom beratus kene standby sbb takut rambang mata
Quote tri-max 8-4-2019 08:12 AM
too late, baru baca pagi nih
huhu
anyway nmpak cam sendu, and napa tak byk promo??

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.106180 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top