View: 2712|Reply: 6
|
Karnival Selangor Agro Market Dari 6-7 April 2019 - Harga Murah, Berpatutan!
[Copy link]
|
|
Susulan sambutan luar biasa tahun lalu, Program Selangor Agro Market (SAM) diperluaskan lagi ke beberapa buah lokasi strategik di negeri Selangor, antaranya di MARDI, Jalan Kebun, Klang.
Program itu menawarkan beberapa aktiviti touchpoint antaranya Program Jualan Secara Terus Dari Ladang dan Kilang produk berasaskan pertanian dengan menawarkan harga berpatutan dengan pengurangan sejumlah 5 hingga 25 peratus lebih rendah.
Selain itu, objektif program SAM dilaksana bertujuan menambah outlet akses rangkaian pemasaran yang memberi peluang kepada agropreneur di peringkat pengeluaran menambah pendapatan.
Turut hadir melawat tapak gerai adalah Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad Sabu.
Selain jualan pelbagai produk segar dan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan harga berpatutan, tapak karnival juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan kawad pasukan tentera TLDM dan TUDM, pameran aset tentera, pertandingan mewarna dan jualan food truck serta booth khidmat pelanggan pelbagai agensi kerajaan.
Kepada anda yang ingin membeli buah-buahan tempatan segar, ikan, ayam dan pelbagai produk tempatan lain, bolehlah mengunjungi Karnival Selangor Agro Market yang diadakan bermula 6 hingga 7 April 2019 di MARDI Jalan Kebun, Klang, Selangor.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sunyi sepi je?
klu murah mesti dah berkerumun ummah memborong siap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak maknanya murah. Kalau ade jualan mcm ni dekat kuala selangor aku tgk mahal je. Lagi mahal dari kt luar pun ade. Kerepek je yg byk |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok: sunyi sepi je?klu murah mesti dah berkerumun ummah memborong siap2
My sis gi. Best gak dia kate. Mcm2 diborongnye n dpt byk goodie bag |
|
|
|
|
|
|
|
Haku teringin nk pg tp jauh laa...nie klo pg nie kompom beratus kene standby sbb takut rambang mata |
|
|
|
|
|
|
|
too late, baru baca pagi nih
huhu
anyway nmpak cam sendu, and napa tak byk promo??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|