Pelakon Sharifah Sakinah yang terkenal dengan watak wanita 'bimbo' sekali lagi menghiburkan para pengikutnya di Instagram apabila dia memperkenalkan anak tudung 'terbaru' menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah wanita berhijab yang mahu bersukan.
Idea tersebut muncul kerana Sakinah kerap menerima keluhan daripada wanita berhijab yang tidak mahu bersukan kerana risau kulit kepala mereka berpeluh dan seterusnya menyebabkan bau busuk dan kelemumur. "Sesuai untuk yang kepala berpeluh. Sangat bagus kalau nak workout," tulis Sharifah Sakinah di ruangan kapsyen posting tersebut. Sakinah turut membuat tutorial cara menggunakan lampin pakai buang sebagai anak tudung di Instagram Storiesnya.
Rata-rata netizen terhibur dengan idea Sharifah Sakinah tersebut dan menganggap ianya sebagai idea yang bernas. Bijak jugak Sharifah Sakinah ni. Boleh la cuba nanti. Anyone? -CARI
|
malaygirl replied at 4-4-2019 12:32 PM
Hahaha bernas gak idea kinah ni. Buat anak tudung y boleh serap peluh. Pakai buang punya. Kang ada y ...
buragazz replied at 4-4-2019 12:51 PM
Boleh diketengahkan.. tapi buat nipis sikit ala2 tuala wanita tu..
malaygirl replied at 4-4-2019 02:01 PM
Tuala wanita taruk kat ketiak. Bagi serap peluh disitu. Jangan risau ada gam boleh lekat pd baju t ...
Bee_hwa replied at 4-4-2019 02:41 PM
I pernah buat zaman study dlu..sebab jenis ketiak basah..waktu tgh jln nak pegi kelas tiba2 satu p ...
ADVERTISEMENT