CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susulan Penjualan Haram Komodo Di Facebook, Pulau Itu Bakal Ditutup Kepada Pelancong

4-4-2019 12:54 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5839| Komen: 22|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pulau Komodo di Indonesia yang terkenal kerana menjadi habitat bagi biawak terbesar di dunia kini bakal ditutup susulan laporan bahawa terdapat penyeludup yang mencuri dan menjual binatang itu, lapor ...
Pulau Komodo di Indonesia yang terkenal kerana menjadi habitat bagi biawak terbesar di dunia kini bakal ditutup susulan laporan bahawa terdapat penyeludup yang mencuri dan menjual binatang itu, lapor media.


Kredit foto: Carian Google
Penutupan dijangka berkuatkuasa mulai Januari 2020, selama setahun. Menurut sumber Tempo, keputusan itu dibuat berikutan tertangkapnya sembilan orang lelaki yang didakwa mencuri 41 ekor Komodo dan menjualnya ke luar negara dengan harga RM145,000.


Komodo adalah spesis berharga yang dilindungi oleh Kesatuan Perlindungan Alam Antarabangsa. Menurut UNESCO dianggarkan hanya sekitar 5,700 ekor Komodo di dunia, kesemuanya didapati di Komodo National Park, Indonesia yang merangkumi tiga pulau besar, Komodo, Rinca dan Padar dan beberapa pulau kecil lainnya.



Kredit foto: Carian Google
Menurut laporan itu lagi, hanya pulau Komodo yang akan ditutup kepada pelancong, yang selama ini menerima 10,000 pengunjung sebulan. Jurucakap Nusa Tenggara Timur, Marius Jelamu berkata penutupan itu akan memberi peluang kepada pihak Taman untuk mengambil langkah-langkah melindungi haiwan itu termasuk memperbaiki habitat dan memberikan makanan secukupnya.


Kredit foto: Carian Google
Komodo yang boleh membesar sehingga 10 kaki dan seberat 140 kg, sudah lama menjadi sasaran pengumpul binatang eksotik. 

Dalam kes tangkapan terkini, haiwan itu dikatakan dijual untuk kegunaan perubatan. Darah Komodo mengandungi antimicronial yang mempunyai potensi antibiotik untuk manusia.


Kredit foto: Carian Google
Bryan Fry, penyelidik di University of Queensland bagaimanapun memberikan amaran bahawa kajian darah Komodo masih lagi di peringkat awal dan tidak selamat untuk digunakan sebagai ubat, dan memerlukan bertahun-tahun lagi untuk pengesahan. 

'Ini adalah satu lagi fantasi orang ramai, sama seperti ubat dari tanduk badak yang memusnahkan sepsis itu kerana dikatakan membantu menaikkan syahwat' kata beliau lagi.


Yang nyata, satu lagi spesis binatang baka terancam berikutan kerakusan manusia. -CARI
3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 4-4-2019 01:00 PM
Harap yang makan, tangkap, jual komodo ni kojol dengan ngeri. Semua binatang konon ubat itu ini..
Kasihan bintang yang tak berdaya melawan kezaliman manusia..
Quote Sang_Pencinta 4-4-2019 01:28 PM
Alamak, tak sempat pegi lagi

Siapa dah pernah ke sini?
Quote justchu 4-4-2019 01:47 PM
Besarnya!! Dah mcm buaya. Patut dia makan je org2 yg nk tangkap tu
Quote buapakperut 4-4-2019 03:03 PM
justchu: Besarnya!! Dah mcm buaya. Patut dia makan je org2 yg nk tangkap tu

tengok kat nat geo bewak ni boleh makan budak sebesar 3 tahun. mungkin orang dewasa tak mampu la dia lawan
Quote RatuDunia94 4-4-2019 03:18 PM
So datang sini nk tgok biawak? Kt blkg rumah mak iols ada biawka kecik pon iols dh geli.
Quote grouper 4-4-2019 03:22 PM
buapakperut replied at 4-4-2019 03:03 PM
tengok kat nat geo bewak ni boleh makan budak sebesar 3 tahun. mungkin orang dewasa tak mampu la d ...

Lembu pun dia boleh makan inikan manusia..tapi cara die mkn gigit dlu lembu tu bagi injured n kena virus..dlm 2 atau 3 ari dh jatuh sakit x leh bangun baru die mkn lembu tu idup2
Quote Artemesiaa 4-4-2019 03:24 PM
Baguslah dari makin pupus eloklah ditutup dulu.  Kalau dah pupus nanti hilanglah tarikan utama pelancong nak kesana.
Quote sapeka 4-4-2019 07:06 PM
lalu no depa makan..ish ish ish
punya banyak makanan bewak ni jugak depa nak makan
Quote bezita60 4-4-2019 07:51 PM
Cantiknya tempat tu
Quote AwanCikDania 4-4-2019 08:00 PM
Elok lah tutup. Nak tggu pupus ke.
Quote kroit92 4-4-2019 08:42 PM
aku tengok biawak dekat sungai besar gila pun dah cuak, apentah lagi komodo.. seriau
Quote Sang_Pencinta 4-4-2019 09:17 PM
Binatang ni jalan slow je mcm biawak kan? Lagi slow rasanya

Tp gigitan dia berbisa
Quote shara154 4-4-2019 09:36 PM
Bucket list - kena pegi sebelum tutup!
Quote Magggiee 4-4-2019 10:16 PM
Teringat movie komodo waktu dulu
Quote ixora87 4-4-2019 11:06 PM
Kesiann.. bewak pun dah x aman
Quote marhasafrina 4-4-2019 11:11 PM
Alahai, macam2 manusia ni. Semua kalau boleh nak jual
Quote susukambingbest 4-4-2019 11:20 PM
Sang_Pencinta replied at 4-4-2019 09:17 PM
Binatang ni jalan slow je mcm biawak kan? Lagi slow rasanya

Tp gigitan dia berbisa

Xde slow tp laju giler komodo ni lari. Ingat dlu pngacara crocdile hunter yg mati kena ekor pari tu. Dia kn berani sngguh dgn buaya. Tp dgn komodo dia kalah smpai kena pnjat pokok lari kena kejar komodo msa buat dokumntari tntg biawak ni. Dia smpat pnjat pokok tp kasut dia koyak n kaki dia luka terkena kuku komodo yg sempat sauk kaki dia. Komodo dewasa ganas giler. Dah la besar mcm buaya tembaga. iol ingat smpai skrg wlaupun tgok dkmntari tu awal taun 2000 dlu.
Quote ikanmasin 4-4-2019 11:36 PM
komodo ni mmg bahaya sbb air liur nye jer dah bisa..
Quote razman_el 5-4-2019 11:52 AM
Patut ler, asal jadi duit....biawak pun jalan..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061696 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top