CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

10 Ladang Bunga Yang Tercantik Di Dunia. Yang Mana Satu Pikat Hati Anda?

3-4-2019 11:58 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 25553| Komen: 40|Original author: Oleh: nameera

Saat musim sejuk berakhir, semua pemandangan menjadi lebih cerah, bunga-bunga mekar di mana-mana. Melihat taman indah adalah salah satu pilihan terbaik andai ingin menikmati  musim bunga mekar bukan?


Berikut , ini 10 taman/ladang bunga tercantik di dunia untuk anda cuci mata.

1.  Lavender Fields, Provence - Perancis
Kredit foto: Travel Pirates

Inilah ladang bunga yang cukup popular dan sering dijadikan wallpaper dan hiasan dinding di rumah anda bukan? 

Ladang Lavender ini terletaknya di Prevence, Perancis iaitu bersempadan dengan Mediterranean dan Itali. Andai ke sini, ladang lavendar  ada menyediakan kemudahan kereta dan basikal  bagi anda yang ingin melihat  warna, tekstur, dan  menikmati aroma ladang lavender yang mana merangkumi sebahagian besar intipati Provence ini. 

Kredit foto: Viator
Selain itu, anda juga boleh berjalan kaki mengelilingi kawasan ladang ini.

2. Sunflower Fields, Tuscany - Itali
Kredit foto: livelove-learn.com
Tempat-tempat romantik di Itali bukan hanya di Colosseum, Menara Pisa, dan Venice sahaja. Di sebuah desa di wilayah Tuscany terdapat ladang bunga matahari yang cukup indah.

Kredit foto: Youtube
Di samping menikmati keindahan bunga matahari, anda juga boleh melihat seni bina bangunan rumah yang tidak kurang menarik di sekitar kawasan ini. 

3. Keukenhof Gardens - Belanda
Kredit foto: Amsterdam City Tours
Belanda memang sudah cukup sinonim dengan bunga Tulip. Keukenhof Park terletak di Lisse City yang memiliki keluasan  kira-kira 32 hektar luas, dengan 800 jenis tulip telah menjadikan taman ini antara yang terbesar di dunia.

Kredit foto: Google
Tulip hanya boleh disaksikan pada musim-musim tertentu. Bagi tahun ini, ia akan dibuka semula pada 21 Mac-19 Mei 2019  dari jam 8.00 pagi hingga 7.30 malam.

Kredit foto: Forbes
Taman ini menyediakan pelbagai kemudahan, seperti Wi-Fi, kerusi roda percuma, loker percuma dan banyak lagi.

4. Hitachi Seaside Park - Jepun
Kredit foto:idntimes
Terletak di Hitachinaka, Hitachi Seaside Park mempunyai kawasan seluas 190 hektar dengan tema yang berbeza bagi setiap musim. Andai ke sini, anda boleh menikmati keindahan seluruh kawasan taman ini dengan berjalan kaki atau menyewa basikal. 

Kredit foto: Google
Antara koleksi bunga yang terdapat di taman ini ialah  tulip,sakura, daffodil, lavender, dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bermain pelbagai aktiviti menarik seperti taman maze, lampu gergasi, roller coaster, dan lain-lain. Harga tiket  dari 100-600 Yen.

Kredit foto: Google

5. Carlsbad Flower Fields, California - Amerika Syarikat
Kredit foto: Google
 Ladang Carlsbad di Carlsbad, California di buka sekali setahun pada musim bunga dari 1 Mac hingga 10 Mei. Ia meliputi lebih daripada 50 ekar koleksi bunga ranunculus yang cantik.

Kredit foto: Google
Di samping itu, tunggangan Antik Traktor-Wagon disediakan, dan akan mengangkut pelawat di sekitar ladang  serta berhenti untuk membiarkan orang berjalan-jalan dan menikmati pemandangan di sekitar ladang ini.

5. Canola Flower Fields, Luoping - China
Kredit foto: Google
Sekitar  Februari hingga Mac,  Luoping County, akan penuh dengan keemasan ke arah ufuk kerana mekarnya bunga canola.

Kredit foto: Google
Terlihat deretan gunung gelap yang dikelilingi bunga Canola yang berwarna kuning keemasan lantas menampakkan keindahan yang amat mengagumkan dan juga unik.

6. Fuji Shibazakura Flower Festival - Jepun
Kredit foto: japan.guide
Shibazakura atau lumut merah jambu adalah bunga indah yang mekar dalam warna-warna cerah magenta, merah jambu, dan putih. 

Kredit foto: japan-guide
Pada tahun ini, festival bunga ini akan diadakan bermula dari 13 April hingga 26 Mei yang mana seperti biasa akan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari ladang bunga shibazakura yang luas, dan berlatar belakangkan Gunung Fuji.

6. Furano Flower Fields, Hokkaido - Jepun
Kredit foto: Google
Nakafurano adalah sebuah bandar yang terkenal dengan pelbagai ladang lavender.

Kredit foto:blog.homeaway.asia
Salah satunya Ladang Tomita yang menjadi tarikan pelancong kerana ladangnya yan berwarna-warni seperti pelangi hasilan dari deretan bunga yang pelbagai jenis seperti lavender, poppies, marigolds dan banyak lagi. 

7. Canadian Tulip Festival, Ottawa - Kanada
Kredit foto:google
Diadakan setiap tahun pada bulan Mei, Festival Tulip Kanada mempamerkan lebih dari 3 juta tulip di seluruh Wilayah Ibu Kota Kanada.

Kredit foto:todo-Canada
Ia memaparkan tulip yang besar ditanam di seluruh bandar, dengan yang terbesar terdapat di Park Commissioners di tepi Tasik Dow.  Malah festival tulip ini juga  merupakan yang terbesar di Amerika Utara.

8. Kisosansen Park Tulip Festival, Kaizu - Jepun
Kredit foto: Google
Taman Kisosansen boleh dinikmati sepanjang tahun dengan bunga bermusim yang indah. Malah, pada musim bunga tiba,  taman ini akan meriah dengan Festival Tulip.
Pada bulan April, taman bunga ini  dihiasi oleh beribu-ribu bunga tulip yang disusun dalam gaya sungai yang mengalir.


9. Wooden Shoe Tulip Farm Festival, Oregon - Amerika Syarikat
Kredit foto: Google
Wooden Shoe Tulip Farm membuka ladang mereka untuk umum selama sebulan untuk pengunjung yang ingin melihat kecantikan bunga tulip yang terhampar luas lebih daripada 50 ekar dengan pelbagai jenis bunga.
Kredit foto: Google
Pada tahun ini Wooden Shoe Tulip Farm bermula pada 23 Mac hingga 29 April 2019 dengan aktiviti menarik seperti menaiki belon udara panas untuk melihat pemandangan di seluruh ladang.
Kredit foto: Google

10. Sunflower fields in Lop Buri and Sara Buri, Thailand
Kredit foto: Google
Musim bunga matahari di wilayah Lopburi dan Saraburi di Central Thailand biasanya bermula sekitar bulan November dan berterusan sehingga Januari atau Februari, bergantung kepada cuaca.

Kredit foto: Google
Lop Buri menawarkan tempat untuk melihat bunga matahari mekar di Phatthana Nikhom, Chai Badan, dan daerah Khok Samrong. Lokasi yang paling terkenal adalah di ladang berdekatan Khao Chin Lae, di mana  gunung batu kapur memberikan latar belakang yang cukup mengagumkan manakala Sara Buri pula adalah rumah ladang bunga matahari yang lain di Thailand. Perjalanan dengan kereta adalah disyorkan kerana anda perlu memandu di sepanjang kawasan.

Indah bukan? Yang mana satu pilihan anda?  -CARI
5

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 3-4-2019 12:04 PM
Subhanallah.. semua cantik..
Quote Indahrupawan 3-4-2019 12:17 PM
Indahnya ciptaan tuhan
Quote matchstick 3-4-2019 12:18 PM
Cantik semua... Tp paling suka sunflower
Quote nnfaa 3-4-2019 12:35 PM
semua cantik sgt.. tapi kalo suruh pilih, saya pilih  Lavender Fields
Quote Beribear 3-4-2019 12:55 PM
Bestnyaaa paling suka sunflower dgn tulips.. Kalau ada ladang rose, lily dan orked mmg lg cantik. Pernah dpt bergambar dgn sunflower kat jogja.. Tp sunflower tu tak banyak sgt. Tp mmg cantikkkkkk {:love
Quote buapakperut 3-4-2019 01:12 PM
masyaallah cantiknya.... semua nak pegi... huuuu cantiknya
Quote nisako 3-4-2019 01:23 PM
cantiknyeeeeerrrrr
Quote honey76 3-4-2019 01:35 PM
Subhanallah, cantiknyaaa...
Rasa mcm mo baring atas permaidani purple tu.
semua lading bunga di atas cantik2 belaka
Quote aleesyasofia 3-4-2019 03:34 PM
subhanallah.. cantiknya..
Quote sehirkedi 3-4-2019 04:06 PM
Wowwww semuanya cantik.. Iols suka no. 1 dan 5.
Tengok gambar pun dah dapat bayangkan betapa indahnya dan wangi semerbak ladang2 ni.. Nak kerja kat ladang bunga rasanya.. Heheeh
Quote Artemesiaa 3-4-2019 05:22 PM
Paling suka lavender field selain cantik harum semerbak baunya
Quote ailies 3-4-2019 05:27 PM
Suks furano.. and all Japan park{:shy
Quote nazzse 3-4-2019 06:15 PM
Lopburi.
Dec lepas, berbaloi sbb free entrance tapi jauh jgk nak pergi dari train station ke ladang ni. Better sewa kereta/taxi gi balik. Dri jalan besar nak ke ladang kena jalan 2 km.
Quote MsKathryn 3-4-2019 07:33 PM
Semua pn cantik{:childlike
Quote nono86 3-4-2019 10:25 PM
Lawanya. Kalau kerja kat ladang yg no 1 tu mesti badan pun harum mewangi
Quote FaryneeAwLea 3-4-2019 10:56 PM
{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love{:love
Quote whitePoison 3-4-2019 11:20 PM
Cantiknyerrr...
Bestnyer kalau bangun2 tidur, buka tingkap je terus nampak taman bunga..
Quote lilagrace 3-4-2019 11:26 PM
Cantik nya sunflower
Quote mongoose_kidz 4-4-2019 12:31 AM
subhanallah....indahnya ciptaan tuhan...
aku haritu tertengok satu citer tamil...dia shooting kat satu tmpat ni...pun cantik sgt...mengucap aku tgk..mmg cantik giler.
bila gugel tmpat dia kat lexiaguo terreced field china..(xtau la betul ke x ejaan)
nk tepek gambar x reti...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.463260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top