Saat musim sejuk berakhir, semua pemandangan menjadi lebih cerah, bunga-bunga mekar di mana-mana. Melihat taman indah adalah salah satu pilihan terbaik andai ingin menikmati musim bunga mekar bukan?
Berikut , ini 10 taman/ladang bunga tercantik di dunia untuk anda cuci mata.
1. Lavender Fields, Provence - Perancis
Inilah ladang bunga yang cukup popular dan sering dijadikan wallpaper dan hiasan dinding di rumah anda bukan?
Ladang Lavender ini terletaknya di Prevence, Perancis iaitu bersempadan dengan Mediterranean dan Itali. Andai ke sini, ladang lavendar ada menyediakan kemudahan kereta dan basikal bagi anda yang ingin melihat warna, tekstur, dan menikmati aroma ladang lavender yang mana merangkumi sebahagian besar intipati Provence ini.
Kredit foto: Viator
Selain itu, anda juga boleh berjalan kaki mengelilingi kawasan ladang ini.
2. Sunflower Fields, Tuscany - Itali
Tempat-tempat romantik di Itali bukan hanya di Colosseum, Menara Pisa, dan Venice sahaja. Di sebuah desa di wilayah Tuscany terdapat ladang bunga matahari yang cukup indah.
Di samping menikmati keindahan bunga matahari, anda juga boleh melihat seni bina bangunan rumah yang tidak kurang menarik di sekitar kawasan ini.
3. Keukenhof Gardens - Belanda
Belanda memang sudah cukup sinonim dengan bunga Tulip. Keukenhof Park terletak di Lisse City yang memiliki keluasan kira-kira 32 hektar luas, dengan 800 jenis tulip telah menjadikan taman ini antara yang terbesar di dunia.
Kredit foto: Google
Tulip hanya boleh disaksikan pada musim-musim tertentu. Bagi tahun ini, ia akan dibuka semula pada 21 Mac-19 Mei 2019 dari jam 8.00 pagi hingga 7.30 malam.
Taman ini menyediakan pelbagai kemudahan, seperti Wi-Fi, kerusi roda percuma, loker percuma dan banyak lagi.
4. Hitachi Seaside Park - Jepun
Kredit foto:idntimes
Terletak di Hitachinaka, Hitachi Seaside Park mempunyai kawasan seluas 190 hektar dengan tema yang berbeza bagi setiap musim. Andai ke sini, anda boleh menikmati keindahan seluruh kawasan taman ini dengan berjalan kaki atau menyewa basikal.
Kredit foto: Google
Antara koleksi bunga yang terdapat di taman ini ialah tulip,sakura, daffodil, lavender, dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bermain pelbagai aktiviti menarik seperti taman maze, lampu gergasi, roller coaster, dan lain-lain. Harga tiket dari 100-600 Yen.
Kredit foto: Google
5. Carlsbad Flower Fields, California - Amerika Syarikat
Kredit foto: Google
Ladang Carlsbad di Carlsbad, California di buka sekali setahun pada musim bunga dari 1 Mac hingga 10 Mei. Ia meliputi lebih daripada 50 ekar koleksi bunga ranunculus yang cantik.
Kredit foto: Google
Di samping itu, tunggangan Antik Traktor-Wagon disediakan, dan akan mengangkut pelawat di sekitar ladang serta berhenti untuk membiarkan orang berjalan-jalan dan menikmati pemandangan di sekitar ladang ini.
5. Canola Flower Fields, Luoping - China
Kredit foto: Google
Sekitar Februari hingga Mac, Luoping County, akan penuh dengan keemasan ke arah ufuk kerana mekarnya bunga canola.
Kredit foto: Google
Terlihat deretan gunung gelap yang dikelilingi bunga Canola yang berwarna kuning keemasan lantas menampakkan keindahan yang amat mengagumkan dan juga unik.
6. Fuji Shibazakura Flower Festival - Jepun
Kredit foto: japan.guide
Shibazakura atau lumut merah jambu adalah bunga indah yang mekar dalam warna-warna cerah magenta, merah jambu, dan putih.
Pada tahun ini, festival bunga ini akan diadakan bermula dari 13 April hingga 26 Meiyang mana seperti biasa akan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari ladang bunga shibazakura yang luas, dan berlatar belakangkan Gunung Fuji.
6. Furano Flower Fields, Hokkaido - Jepun
Kredit foto: Google
Nakafurano adalah sebuah bandar yang terkenal dengan pelbagai ladang lavender.
Kredit foto:blog.homeaway.asia
Salah satunya Ladang Tomita yang menjadi tarikan pelancong kerana ladangnya yan berwarna-warni seperti pelangi hasilan dari deretan bunga yang pelbagai jenis seperti lavender, poppies, marigolds dan banyak lagi.
7. Canadian Tulip Festival, Ottawa - Kanada
Kredit foto:google
Diadakan setiap tahun pada bulan Mei, Festival Tulip Kanada mempamerkan lebih dari 3 juta tulip di seluruh Wilayah Ibu Kota Kanada.
Ia memaparkan tulip yang besar ditanam di seluruh bandar, dengan yang terbesar terdapat di Park Commissioners di tepi Tasik Dow. Malah festival tulip ini juga merupakan yang terbesar di Amerika Utara.
8. Kisosansen Park Tulip Festival, Kaizu - Jepun
Kredit foto: Google
Taman Kisosansen boleh dinikmati sepanjang tahun dengan bunga bermusim yang indah. Malah, pada musim bunga tiba, taman ini akan meriah dengan Festival Tulip.
Pada bulan April, taman bunga ini dihiasi oleh beribu-ribu bunga tulip yang disusun dalam gaya sungai yang mengalir.
9. Wooden Shoe Tulip Farm Festival, Oregon - Amerika Syarikat
Kredit foto: Google
Wooden Shoe Tulip Farm membuka ladang mereka untuk umum selama sebulan untuk pengunjung yang ingin melihat kecantikan bunga tulip yang terhampar luas lebih daripada 50 ekar dengan pelbagai jenis bunga.
Pada tahun ini Wooden Shoe Tulip Farm bermula pada 23 Mac hingga 29 April 2019 dengan aktiviti menarik seperti menaiki belon udara panas untuk melihat pemandangan di seluruh ladang.
Kredit foto: Google
10. Sunflower fields in Lop Buri and Sara Buri, Thailand
Kredit foto: Google
Musim bunga matahari di wilayah Lopburi dan Saraburi di Central Thailand biasanya bermula sekitar bulan November dan berterusan sehingga Januari atau Februari, bergantung kepada cuaca.
Kredit foto: Google
Lop Buri menawarkan tempat untuk melihat bunga matahari mekar di Phatthana Nikhom, Chai Badan, dan daerah Khok Samrong. Lokasi yang paling terkenal adalah di ladang berdekatan Khao Chin Lae, di mana gunung batu kapur memberikan latar belakang yang cukup mengagumkan manakala Sara Buri pula adalah rumah ladang bunga matahari yang lain di Thailand. Perjalanan dengan kereta adalah disyorkan kerana anda perlu memandu di sepanjang kawasan.
Indah bukan? Yang mana satu pilihan anda? -CARI
|