CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Macam Superhero Marvel! Saintis Temui Wanita Ajaib Yang Tidak Pernah Merasa Sakit

29-3-2019 05:31 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 6734| Komen: 24|Original author: Oleh: Pink Lily

Jo Cameron tidak sedar yang dirinya berbeza dengan orang lain. Kredit foto: The Guardian

Seorang wanita yang mempunyai keupayaan seperti watak superhero Marvel telah ditemui oleh para penyelidik di UK. 

Warga emas, Jo Cameron 71, disamakan dengan watak superhero apabila mengalami mutasi genetik yang menyebabkannya tidak merasa kesakitan dan lukanya mampu sembuh dengan begitu cepat, tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Kes ini yang dipaparkan dalam British Journal of Anaesthesia, diramalkan bakal membuka peluang untuk menghasilkan rawatan yang membantu orang ramai untuk cepat sembuh selepas pembedahan, mengawal sakit kronik dan penyakit anxiety disorder (gangguan keresahan melampau). 


Cameron telah menarik perhatian doktor sewaktu berusia 65 tahun apabila beliau cuba mendapatkan rawatan untuk masalah pinggulnya. Namun doktornya mendapati penyakitnya lebih kronik, iaitu arthritis serius yang memerlukan rawatan besar.

Ketidakselesaan akibat penyakit ini sepatutnya melemahkan pesakit, dan selepas melalui dua pembedahan yang disifatkan Cameron sebagai tidak sakit, doktor-doktor di Hospital Raigmore, Inverness membuat keputusan untuk menyiasat lebih lanjut.

Antara catatan yang tertera dalam sejarah rawatan Cameron:
'Dia kerap melaporkan pelbagai kesan terbakar dan luka tanpa sakit, kerap terhidu bau isi kulitnya terbakar sebelum mendapati ada kecederaan, dan luka-luka ini akan sembuh cepat dengan sedikit atau tiada langsung kesan parut."

Warga emas ini juga didapati boleh memakan antara cili terpedas di dunia, Scotch Bonnet (yang juga dikenali sebagai 'Bola Api' dek tahap kepedasannya di antara 80,000 hingga 400,000 SHU), tanpa sebarang ketidakselesaan. Video di bawah memaparkan Cameron memakan cili Scotch Bonnet bersama suami dan doktornya tanpa merasa pedas, malah kelihatan ketawa melihat reaksi pedas dialami doktor dan suaminya. 


"Saya tidak terfikir langsung kesakitan yang sedikit, yang saya alami ini adalah suatu keganjilan sehinggalah beberapa tahun lepas. Saya fikir ia normal," kata Cameron. 

"Mempelajari tentangnya turut mengagumkan saya, sama seperti orang lain."

Cameron dirujuk kepada pakar genetik sakit di Kolej Universiti London dan Universiti Oxford, di mana mereka mendapati beliau mengalami dua mutasi. Satu pada gen yang dipanggil FAAH (Fatty Acid Amide Hydrolase), yang biasanya dikenali di kalangan penyelidik kesakitan. Gen FAAH ini memainkan peranan penting dalam sistem saraf yang menyebabkan kesakitan, memori dan perasaan, serta turut bertindak balas dengan ganja. 

Mereka juga mendapati gen kedua, iaitu FAAH-OUT yang terdapat dalam badan Cameron turut mengalami mutasi. Sebelum ini, pakar melabelkan gen FAAH-OUT sebagai 'DNA Sampah' disebabkan sifatnya yang didapati tidak berfungsi. Namun dalam kes Cameron, mereka mendapati gen FAAH-OUT ini telah mengawal gen FAAH dan menutupnya.

Seperti juga keupayaannya menyembuhkan diri dan tidak sensitif kepada kesakitan, wanita ini mendapat skor kosong dalam ujian keresahan dan depresi. Beliau menyatakan tidak pernah panik dalam apa-apa situasi berbahaya seperti kemalangan kenderaan yang dialaminya baru-baru ini. 

Sekiranya ada situasi cemas sekali pun, ianya cuma sekadar lupa kunci atau terlupa apa yang difikirkannya.  

Menurut Dr. Devjit Srivastava yang merupakan konsultan sakit di Raigmore, kesan penemuan ini sangat besar dan bakal membawa kepada penemuan ubat tahan sakit yang menghilangkan rasa sakit sejurus selepas pembedahan serta mempercepatkan penyembuhan luka. "Kami berharap agar ia membantu 330 juta pesakit yang perlu melalui pembedahan di seluruh dunia pada setiap tahun," katanya.

Separuh daripada pesakit selepas pembedahan masih merasa sakit tahap sederhana hingga tahap teruk, walaupun telah diberi ubat tahan sakit moden. Mungkin gen FAAH-OUT adalah kunci yang membuka kepada potensi mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh gen FAAH, apabila semua usaha lain gagal. 

Kemungkinan juga terdapat ramai lagi di luar sana yang hidup dengan mutasi seperti ini tanpa diketahui umum, oleh itu para pakar menyeru agar mereka tampil ke hadapan kerana ia boleh membantu usaha penyelidikan ini. - CARI 
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 29-3-2019 05:33 PM
Ini sakit sawan lah. Nama dia paralyze sawan{:canthear
Quote danieladam 29-3-2019 05:34 PM
Wow..menariknya. die sendiri pon x sedar die lain dari org lain.
Quote Dalcott 29-3-2019 06:04 PM
wow
Quote fealefea 29-3-2019 06:10 PM
Tapi mutant dia ni tak buat dia kekal muda yach. Untung la takde parut.
Quote dua_chzy 29-3-2019 06:11 PM
Ni bukan kuasa superhero la bodoh. Ini mutasi genetik yang mendatangkan bahaya pada tuan punya badan kerana dia tak mampu rasa sakit - ditikam sepuluh kali pun dia takkan rasa sakit, terjun dari bangunan 80 tingkat sampai patah riuk otak berkecai pun dia tak rasa sakit. Tapi nyawa dah terbang kuar dari jasad. Itu masalahnya. Disebabkan ketidakupayaan huntok merasa sakit, penghidap penyakit ini tak tahu apa itu bahaya. Dah pegang api panas2 or air baru mendidih pon tak rasa sakit but masalahnya, kulit tetap la melecur teruk. If terjun bangunan ka ditikam berpuluh kali ka, tetap la jugak mati walau tak rasa sakit. If anak korang ada penyakit ni, korang pasti takkan suka. Sah2 korang akan depresi.
Quote MelayuBarua 29-3-2019 08:53 PM
dua_chzy replied at 29-3-2019 06:11 PM
Ni bukan kuasa superhero la bodoh. Ini mutasi genetik yang mendatangkan bahaya pada tuan punya badan ...

Sakit tu isyarat utk lindungi badan
Quote Dwdrum 30-3-2019 12:42 AM
dua_chzy replied at 29-3-2019 02:11 AM
Ni bukan kuasa superhero la bodoh. Ini mutasi genetik yang mendatangkan bahaya pada tuan punya badan ...


sis di sini maksud kan beliau ada self healing dengan cepat dari kadar biasa hingga tanpa tinggal kan scars ..... bukan maksud kan major injuries ...
Quote Dwdrum 30-3-2019 12:51 AM
i mahu tengok siapa yang akan melalak issue ini ....bila dna manusia boleh di compose seperti lagu... nanti akan ada cakap kesakitan satu rahmat
Quote dua_chzy 30-3-2019 02:52 AM
Dwdrum replied at 30-3-2019 12:42 AM
sis di sini maksud kan beliau ada self healing dengan cepat dari kadar biasa hingga tanpa tingga ...

Still this sort of thing tak perlu glorify bilang ada superpower macam hero Marvel bagai. Menda ni bagi ai is a curse, not a blessing. But barangkali di bidang medik, kajian tentang sheol yang boleh guna huntok bantu manusia lainnya boleh la dianggap blessing. Artikel kokesen takda pon glorify mutasi genetik sheols calling sheols umpama superhero bagai.

https://www.bbc.com/news/uk-scotland-highlands-islands-47719718
Quote Dwdrum 30-3-2019 05:46 AM
dua_chzy replied at 29-3-2019 10:52 AM
Still this sort of thing tak perlu glorify bilang ada superpower macam hero Marvel bagai. Menda ni ...

marketing ....reporter buat begitu .... but tidak salah pun kan ... sumpahan pula ..tiada nya sumpahan kepercayaan karut ...analogy yang u bagi boleh berlaku pada sesiapa pun but +pain ... itu termasuk sekali sumpahan sebab normal person yang kematian yang tragic ...totally nonsense ...bukan wanita ini saja ada CIPA (congenital analgesia).. ada lagi manusia yang sama seperti beliau mungkin case pertama jumpa di UK ...mereka ini  mahu ikut kan kepercayaan karut mereka totally been blessed sebab masuk neraka pun tidak sakit ....ketakutan yang di brainwash tidak berlaku kepada mereka
Quote hanakikan 30-3-2019 06:27 AM
iols tengok kes dia ada pro and con. dia tak rasa sakit yang boleh bahayakan nyawa dia sebab fungsi sakit tu nak bagi signal yang badan kita ada masalah. tapi pro nya luka dia cepat sembuh

ni betul2 wow
Quote ixora87 30-3-2019 11:26 AM
Woww.. aku ni senggugut pun sampai tergolek2 menahan sakit. Untung la.. tp klebihan dia tu blh membahayakn diri dia jgk.
Quote Azhargoth 30-3-2019 12:51 PM
Ingat mcm brus wilis tadi dalam unbreakable..
Quote fadbulous 31-3-2019 05:27 PM
Agak nya..time sakaratul maut..dia rasa sakit tak?
Quote pai.kacang 1-4-2019 08:28 AM
hanakikan replied at 30-3-2019 06:27 AM
iols tengok kes dia ada pro and con. dia tak rasa sakit yang boleh bahayakan nyawa dia sebab fungsi  ...

betul tu. tgk laa dia tak sedar kulit dia terbakar tu kan
Quote Duta lover 1-4-2019 08:59 AM
Bab sensitif pada sakit ni..aku terasa la jugak. Sbb aku pun jenis toleransi rendah pada sakit. Smua org ada toleransi berbeza kot pada sakit. Aku benci org yg lekeh..bila period pain ke bersalin ke..ckp benda tu smua org alami bagai. Takyah mengada2 nak request ubat  tahan sakit bagai. Wehh apa masalah ko..kalau ko jenis tahan sakit..ok dipersilakan. Tapi ad org yg mmg tak tahan ..dia perlukan ubat tahan sakit. Aku bab sakit kepala..sakit gigi..mmg boleh je tahan. Tp period pain (sebelum beranak kerap kena) n sakit contraction tu mmg aku rs terlalu menyakitkan..sampai aku yakin kalau aku ngandung lagi. Aku akan request el.czer je. Sbb x tahan sakit contraction..stakat sakit lepas czer tu bole lagi handle. Hahahaha
Quote bazarayamy 4-4-2019 12:53 PM
bahaya juga kalau x rasa sakit lansung, 'sakit' adalah salah satu signal badan kita untuk mengelak daripada kecederaan atau penyakit. salah satu indikasi terdahap situasi sistem dalam badan. kalau x sakit lansung nnti x sedar pun kondisi badan anggota badan kita macam mana... takut nanti dh terlewat untuk dirawat.
Quote justchu 4-4-2019 01:29 PM
Pernah terbaca ps ni.  Bau2 daging bakar baru tau jari terbakar. Last2 dokter amik sample dna dia utk buat paintkiller. Bahaya jugak kalau takde rasa sakit. Tp dia sihat walafiat....
Quote SweetShera 4-4-2019 02:41 PM
dia pun berpenyakit jugak...cuma deria sakit dia xdak...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072195 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top