Tidak dapat dinafikan yang kawan-kawan memberikan pengaruh yang sangat kuat dalam kehidupan harian kita terutama sekali pada peringkat umur remaja. Tersilap pilih kawan, buruk akibatnya apatah lagi jika individu tersebut merupakan seorang yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut.
Menyedari hakikat itu pelakon dan bekas ahli kumpulan Elite, Abby Abadi cuba memberi peringatan kepada anak gadisnya yang akan kepentingan memilih kawan. Abby mengemas kini akaun Instagram miliknya semalam dengan memuat naik gambar anak gadisnya, Dania sambil menitipkan pesan yang panjang lebar di ruangan kapsyen gambar tersebut. Anak dah besar, sudah pandai melawa. Tetapi, kena mula memilih kawan..
Menerusi posting Abby yang dituju khas buat si gadis yang menginjak ke usia 14 tahun itu, memilih kawan yang baik adalah perlu. Abby turut menyelitkan potongan hadis dalam kepentingan memilih kawan.. "Berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa perkara," pesan Abby lagi. Ramai yang bersetuju dengan Abby dan mengakui yang pemilihan kawan adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju hidup seseorang. Betul tu Abby, anak-anak perlu sentiasa diingatkan lebih-lebih lagi ketika umur remaja. -CARI
|
addamnor replied at 28-3-2019 11:56 AM
anak2 beliau dengan norman muka semua mendunia.. cantik2
inspektoremos21 replied at 28-3-2019 01:11 PM
Antara anak2 artis malaysia yg iols suka is anak2 abby-norman, didie alias, ziela jalil. Dari kecik ...
meow_tompok replied at 28-3-2019 12:45 PM
anak dia putih bersih je muka, selalu budak sekolah umur tu mesti dah berlemoih kena sunburn sibuk b ...
ADVERTISEMENT