Kalau kita lihat di Malaysia, langkah ke arah mesra alam sekitar telah dilaksanakan dengan tiadanya penggunaan plastik pada setiap hari Sabtu walaupun pengguna masih boleh membayar RM 0.20 untuk mendapatkan plastik.
Namun begitu, produk-produk yang dijual di kedai masih lagi menggunakan bungkusan plastik, justeru bumi masih lagi belum selamat sepenuhnya. Sebuah pasar raya bernama Rimping di Chiangmai, Thailand, bertindak bijak dengan menggunakan daun pisang sebagai bungkusan sayur-sayuran yang dijual di situ. Foto-foto sayur-sayuran yang dibaluti daun pisang itu mula tular apabila sebuah laman Facebook berkongsi tentangnya dan memuji tindakan pasaraya itu. Loading FB Post... Ramai orang awam yang turut meninggalkan komen positif tentang tindakan bijak pasar raya tersebut. Mereka berpendapat ia adalah suatu langkah yang positif untuk mengelakkan penggunaan plastik. Syabas Thailand! Semoga selepas ini giliran pasaraya di Malaysia pula! - CARI |
Sang_Pencinta: Nanti packing lepas beli guna plastik jugak ke?Atau guna guni daun pisang?
AyaqMeloSuam replied at 25-3-2019 06:43 PM
Daun pisang mahai oiiii.... huhuhuhu..
Upah org kutip + potong + basuh + delivery = menyamai seikat ...
ADVERTISEMENT