Kalau kita lihat di Malaysia, langkah ke arah mesra alam sekitar telah dilaksanakan dengan tiadanya penggunaan plastik pada setiap hari Sabtu walaupun pengguna masih boleh membayar RM 0.20 untuk mendapatkan plastik.
Kredit foto: refusecampaign
Namun begitu, produk-produk yang dijual di kedai masih lagi menggunakan bungkusan plastik, justeru bumi masih lagi belum selamat sepenuhnya.
Sebuah pasar raya bernama Rimping di Chiangmai, Thailand, bertindak bijak dengan menggunakan daun pisang sebagai bungkusan sayur-sayuran yang dijual di situ.
Kredit foto: Facebook
Foto-foto sayur-sayuran yang dibaluti daun pisang itu mula tular apabila sebuah laman Facebook berkongsi tentangnya dan memuji tindakan pasaraya itu.
Ramai orang awam yang turut meninggalkan komen positif tentang tindakan bijak pasar raya tersebut. Mereka berpendapat ia adalah suatu langkah yang positif untuk mengelakkan penggunaan plastik.
Syabas Thailand! Semoga selepas ini giliran pasaraya di Malaysia pula! - CARI |