CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Justin Bieber Dapatkan Rawatan Kerana Kemurungan, Ketagih Dadah dan Seks

22-3-2019 10:37 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5126| Komen: 14|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Penyanyi terkenal Justin Bieber akui mengalami masalah dan sedang mendapatkan rawatan. Sumber memberitahu majalah People bahawa masalah yang dihadapi Justin tidak ada kaitan dengan perkahwinannya bersama Hailey Baldwin.



Kredit foto: Instagram

'Ianya tidak ada kaitan dengan Hailey, Justin bahagia berkahwin dengannya. Sebaliknya, ini berkaitan benda lain dan menggangunya dari segi mental,' kata sumber itu. 

Beliau bagaimanapun dikatakan sudah bertambah baik sejak mula menghadiri sesi kaunseling.



Ramai mengesyaki Justin mendapatkan rawatan untuk kemurungan, ketagihan dadah dan ketagihan seks seperti yang pernah dinyatakannya dahulu. Justin pernah mengakui bahawa beliau menghadapi masalah-masalah ini sejak berumur 20 tahun.


Kredit foto: Vogue

'Pengawal peribadi pernah memeriksa saya pada waktu malam untuk melihat sama ada saya masih bernyawa kerana ketagihan,' terang Justin.

Punca kepada masalah ini dikaitkan dengan kegagalan Justin mengawal hidupnya kerana menjadi terkenal pada usia muda. 

'Dia bermula sebagai seorang remaja dari Kanada yang sopan dan melayan semua orang dengan baik, tetapi kemewahan dan wang ringgit menyebabkannya berubah,' kata sumber itu lagi. 

Tambahan pula hidupnya dikelilingi oleh YES MAN yang mengiyakan segala permintaannya.


Kredit foto: Instagram

Menurut majalah People dan Vogue lagi, Justin kini telah menyedari semua masalahnya dan nekad berubah ke arah kebaikan terutamanya untuk menjaga hubungannya dengan Hailey. 

'Kami komited untuk menyokong satu sama lain kerana dia adalah sahabat baik saya juga,' kata Justin.


Mampukah hubungan Justin dan Hailey bertahan terutamanya dalam menghadapi masalah serius seperti ini? Hanya masa yang akan menentukan. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-3-2019 11:21 AM
Kalau masalah berat macam ni tak ke manalah perkahwinan mereka berdua ni
Quote Artemesiaa 22-3-2019 11:31 AM
Baguslah jika dia mahu mendapatkan rawatan sebelum bertambah parah
Quote shida81 22-3-2019 02:01 PM
Justin ni x de mak bapak ke... Senyap je dowang
Quote disneyrecess 22-3-2019 06:08 PM
Siannn lahai... masih ingat meols lagu baby heols
Quote cicicumel 22-3-2019 10:45 PM
typical problem penyanyi kanak2 holliwod
Quote Kyra_Lydia 25-3-2019 08:49 AM
cicicumel replied at 22-3-2019 10:45 PM
typical problem penyanyi kanak2 holliwod

kan xde la yang naik tu bersih je sure ade problems here and there.
Quote ihtisyam1 25-3-2019 09:49 AM
Kesian diaorang ni..... sebab dulu hidup dalam kegemilangan... tup tup hilang limelight terus depression + alkohol + dadah = jahanam
Quote delia3003 26-3-2019 11:06 PM
ihtisyam1 replied at 25-3-2019 09:49 AM
Kesian diaorang ni..... sebab dulu hidup dalam kegemilangan... tup tup hilang limelight terus depres ...

Masalah nye, sebab limelight ler jadi macam tu Dia manade hilang limelight lagi. Gila banyak kontroversi 4, 5 tahun lepas.


Macam Lindsay Lohan tu boleh ler dikategorikan hanyut lepas tu tenggelam.
Quote fealefea 27-3-2019 03:17 PM
Bapak Britney berjaya tarik Britney dari kegelapan. Mak Justin kena lah camtu. Lagipon diorg broken family.
Quote missflamingo 29-3-2019 10:49 AM
You are forever my baby baby babay uuuuuhh like baby baby baby uhhhhh like gittew
Quote armin 30-3-2019 03:49 PM
ihtisyam1 replied at 25-3-2019 09:49 AM
Kesian diaorang ni..... sebab dulu hidup dalam kegemilangan... tup tup hilang limelight terus depres ...

Hilang limelight ke? More like dia sendiri yg dah malas kerja sbb dah terlampau kaya
Quote gideoncross 31-3-2019 04:05 AM
shida81 replied at 22-3-2019 02:01 PM
Justin ni x de mak bapak ke... Senyap je dowang

Ada, mak bliau Pattie msih ada & bru2 ni ikut lepak dgn Justin & Hailey pastu bapak bliau, Jeremy pun ada. Kisah Jeremy ni dlu dia muncul blik lpas Justin jdi kaya & Jeremy ni prnh mnyokong Justin buat lumba haram dlu, kaki pompuan pun boleh tahan. Skrg dh khwin bini baru, Chelsey Bieber/Rebelo. Klau bca kt Google, apartment tmpt Jeremy tinggal d tnggung oleh Justin 100%.
Quote gideoncross 31-3-2019 04:11 AM
cicicumel replied at 22-3-2019 10:45 PM
typical problem penyanyi kanak2 holliwod

Sya prnh bca kt acc tumblr (kiranya exposing acc) yg any artis2 Hollywood yg muda2 mcm Justin Bieber ni dorg ada sain stu agreement yg d mana kandungan nya bgithu klau dorg dh sign agreement tu, mak bapak artis xboleh lgi msuk cmpur dgn hal anak2 dorg wlaupun anak2 dorg dlm keadaan teruk. So mcm tu lh hasilnya, msuk lembah kegelapan, tbh Hollywood nmpk gah tpi sbaliknya ttap ada dark side, Kpop ent pun sma nmpk gah tpi sbaliknya ttap gak ada dark side.
Quote lavendermiz 1-4-2019 04:02 PM
makin teruk dia ni. nanti jadi mcm lindsay lohan pulak

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.055986 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top