Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun, Will Connolly memecahkan sebiji telur di atas kepala senator Australia telah menjadi bahan bualan di seluruh dunia.
Dalam video yang sempat dirakamkan oleh wartawan, kelihatan Fraser Anning berang dan bertindak menampar Connolly. Bercakap kepada media, Anning yang mengeluarkan kenyataan rasis terhadap mangsa tragedi tembakan rambang pengganas di Masjid Al Noor, di Christchurch, New Zealand baru-baru ini langsung tidak menyesal menampar remaja berkenaan. "Saya tidak menyesal dengan apa yang saya buat. Saya hanya mempertahankan diri dan itulah kebiasaannya yang dilakukan oleh orang Australia, mereka mempertahankan diri.
"Dia ditampar di muka di mana ibu dia patut melakukan perkara yang sama sejak dulu lagi kerana dia (Will) berkelakuan buruk." NZ Herald melaporkan, Anning diselar oleh pelbagai pihak namun dia tidak ambil kisah kerana ada ramai lagi penyokong yang menyokong kenyataannya. "Semua orang boleh memberikan pandangan mereka sendiri. Satu juta yang menandatangan petisyen itu, tetapi ada ramai juga orang yang memberitahu saya bahawa mereka menyokong pendirian saya. "Saya biarkan mereka buat keputusan melalui kotak undi, mereka boleh mengundi untuk mengeluarkan saya jika itu yang mereka mahukan." Sementara itu seorang lagi ahli politik Australia, Pauline Hanson juga mengeluarkan kenyataan lebih kurang dengan Anning. Katanya, "Saya bersimpati untuk keluarga mangsa. Kita ada masalah yang perlu dibincang dan didebatkan, kenapa kita ada serangan pengganas di negara ini? Apa yang berlaku di dunia hari ini? "Mereka (umat Islam) tidak patut berada di sini, mereka akan merampas negara kita. Boleh anda bayangkan bagaimana ia mendorong kebangkitan White Supremacist?" -CARI
|
ifanonline replied at 18-3-2019 03:07 PM
kebanyakan manusia yg menentang hukum Allah swt akan berakhir dgn mereka memeluk agama Islam..percay ...
pai.kacang replied at 18-3-2019 04:04 PM
asal usul australia ni bukan tempat buangan penjenayah ke? dasar x sedar diri
Bedah.Cun replied at 18-3-2019 03:48 PM
Negara ngkaw kat UK lah bodo
ADVERTISEMENT